Selain daripada membawakan resipi yang mudah dikenali peminat seperti pacuan roda depan dan transmisi manual, Civic Type R 2023 juga diberitakan turut mendapat pilihan transmisi automatik!
Menurut laporan daripada Best Car Web, jentera FWD terbaik Honda itu masih lagi mengekalkan nadi K20C1 2.0 liter turbo yang telah mendiami dua generasi Civic Type R sebelum ini (FK2 & FK8).
Namun, ini merupakan kali pertama kereta hot hatch tersebut dilengkapi dengan transmisi automatik, dengan menyebut alasan mengikut trend semasa global.
Memandangkan Civic Type R merupakan kereta prestasi tulen terakhir yang bakal ditawarkan di Eropah, penawaran transmisi automatik ini dilihat mampu meningkatkan lagi populariti hot hatch yang sudah tersedia gah itu.
Buat masa ini, tiada sebarang pengesahan mahupun kata putus dari Honda berhubung berita terbaharu ini.
Sumber: Best Car Web