Honda Passport 2022 facelift - crossover saiz pertengahan dengan rupa paras yang lebih agresif

oleh Mohamad Hanif|
Jika di Malaysia Honda CR-V merupakan SUV Honda yang paling besar, di Amerika Syarikat pengguna di sana boleh mendapatkan Honda Pilot (dengan tiga baris tempat duduk), serta Honda Passport, crossover saiz pertengahan yang duduk di antara CR-V dan Pilot.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Generasi ketiga dilancarkan pada tahun 2019, dan Honda telah pun mendatangkan kemaskini untuk model tahun 2022 dengan penampilan yang lebih ranggi.

Antara perubahan yang dibuat termasuklah rekaan hud enjin baharu, bampar rekaan baharu dengan liang sisi menegak baharu untuk kepentingan aerodinamik, serta rekaan gril yang lebih menegak.
 

passport


Rekaan bampar belakang juga lebih agresif, tip ekzos yang lebih besar, pelindung cangkuk tunda, serta kemasan skid plate.

Untuk rim, Honda mendatangkan rekaan baharu bersaiz 18 atau 20 inci.

Honda turut memperkenalkan varian baharu Passport yang dinamakan sebagai TrailSport, menjadikannya model pertama  yang menggunakan nama khas tersebut.
 

Passport


Passport TrailSport menampilkan jarak trek (jarak antara roda kiri dan kanan) yang jauh lebih lebar 10 mm untuk depan dan belakang, gril yang lebih unik, rekaan bampar depan belakang yang lebih agresif serta kemasan skid plate berwarna perak.

Varian TrailSport ini datang dengan rim bersaiz 18 inci yang dibaluti tayar 245/60R18, serta pemasangan lencana TrailSport di bahagian luar dan dalam, jahitan kontras jingga pada roda stereng, panel pintu dan tempat duduk, serta sulaman logo TrailSport pada penghadang kepala.
 

passport



Terdapat juga Passport yang lebih agresif dinamakan sebagai Passport TrailSport Rugged Roads Project di mana mereka boleh menaiktaraf TrailSport ini dengan tayar all-terrain Firestone Destination A/T2 serta sistem gantungan Jsport yang ditala khusus untuk kegunaan off-road, serta pakej HPD yang merangkumi rekaan gril berbeza, fender flare hitam, rim sporti dan grafik HPD pada panel belakang.

Menerusi Honda Genuine Accessories, pemilik Passport boleh mendapatkan pelbagai jenis aksesori menarik seperti crossbar bumbung, fender flare, rim hitam bersaiz 18 inci, lug nut hitam, pelindung panel kargo, serta khemah bumbung Sparrow XL daripada Roofnest.
 

Passport

 

Tidak kira apa jua varian yang dipilih, kesemua dilengkapi dengan enjin standard 3.5 liter bentangan V6 aspirasi natural yang menghasilkan 280 hp dan 355 Nm, padanan sistem pacuan semua roda dan transmisi automatik sembilan kelajuan.

Ciri keselamatan standard yang dimuatkan termasuklah sistem brek mitigasi pelanggaran, amaran pelanggaran hadapan, sistem pengekalan laluan, mitigasi keluar jalan dengan amaran keluar laluan, serta kawalan jelajah adaptif.