Honda panggil semula 1.4 juta kenderaan seluruh dunia - masalah pam bahan api

oleh Mohamad Hanif|
Honda telah mengeluarkan arahan untuk memanggil semula kira-kira 1.4 juta unit kenderaan di seluruh dunia akibat masalah pam bahan api yang defektif.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Masalah tersebut mampu menyebabkan kenderaan untuk berhenti secara tiba-tiba ketika pemanduan.

Setakat ini, lebih daripada 136 ribu unit kenderaan berjenama Honda dan Acura di Amerika Syarikat telah disahkan terjejas akibat masalah ini, namun tiada sebarang insiden buruk dilaporkan.

Menurut NHTSA, komponen pam bahan api yang dibekalkan oleh Denso tersebut dikatakan terdedah kepada proses pengeringan pelarut untuk tempoh masa yang panjang ketika pembuatan, di mana ia menyebabkan keretakan pada permukaan dan menyebabkan kadar serapan bahan api yang berlebihan.

Antara model yang terjejas termasuklah:

  • Acura NSX 2018-2019
  • Acura RDX 2019
  • Acura RLX 2019
  • Acura RLX Hybrid 2019
  • Honda Civic 2019
  • Honda Civic Type R 2019
  • Honda HR-V 2019
  • Honda Fit 2019
  • Honda Accord 2019
  • Honda Insight 2019-2020

Honda akan mula memaklumkan kepada pelanggan pada akhir bulan Julai ini untuk menggantikan komponen pam bahan api yang bermasalah.

Pihak kami cuba mendapatkan info berkenaan isu kempen panggil semula ini, namun setakat ini, tiada sebarang informasi lanjut diperoleh dari pihak Honda Malaysia. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Model yang terlibat adalah seperti berikut:     Honda Malaysia memohon  maaf di atas…
Berita Domestik
  Berikut merupakan jumlah dan model yang terlibat:-   Model Jumlah yang…