Honda Paling Efisien Penggunaan Petrol Dalam Kalangan Pengeluar Kereta Di AS

oleh Qalif Latif|
Honda muncul sebagai pengeluar paling efisien dari segi penggunaan bahan api dalam kalangan pengeluar besar arus perdana di Amerika Syarikat bagi tahun model 2024 berdasarkan laporan EPA Automotive Trends Report 2025.

Dalam kiraan yang lebih biasa digunakan di Malaysia, purata penggunaan bahan api Honda ialah sekitar 13.18 km/l, bersamaan kira kira 7.6 liter bagi setiap 100 km.

Honda

Mendahului Semua Jenama Utama Bagi Tahun Model 2024

Berikut ialah kedudukan pengeluar utama berdasarkan purata penggunaan bahan api

Honda 13.18 km/l
Hyundai 12.67 km/l
Kia 12.41 km/l
Toyota 12.33 km/l
Nissan 12.33 km/l
BMW 12.33 km/l
Subaru 12.20 km/l
Mazda 11.90 km/l
Volkswagen 11.27 km/l
Mercedes 11.10 km/l
Ford 9.95 km/l
GM 9.74 km/l
Stellantis 9.69 km/l

Ini menjadikan Honda peneraju dalam kalangan jenama yang masih menawarkan gabungan model petrol dan hybrid tanpa bergantung sepenuhnya kepada EV.

Peningkatan Ketara Berbanding Tahun Sebelumnya

Honda meningkat daripada sekitar 12.03 km/l pada tahun model 2023 kepada 13.18 km/l pada tahun model 2024. Ini antara lonjakan terbesar dalam kalangan pengeluar utama.

Strategi elektrifikasi melalui model hybrid jelas memainkan peranan besar dalam meningkatkan purata keseluruhan armada mereka.

Lebih Tinggi Daripada Purata Industri

Purata keseluruhan industri bagi tahun model 2024 ialah sekitar 11.56 km/l atau 8.6 liter bagi setiap 100 km.

Ini bermakna Honda berada hampir 1.6 km/l lebih tinggi berbanding purata industri, satu kelebihan yang signifikan dari sudut kecekapan bahan api.


 

Tags

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Koleksi baharu ini dilihat lebih menarik perhatian peminat kereta Honda, berbanding siri terdahulu…
Berita Global
Selepas membatalkan beberapa projek kenderaan elektrik (EV) termasuk model 0 SUV, 0 Sedan serta…
Berita Global
Menurut laporan yang disiarkan oleh Reuters, pengeluar automotif kedua terbesar Jepun itu…