Honda Odyssey 2024 mula ditawarkan di Jepun, hibrid sahaja, daripada RM164 ribu

oleh Muhammad Md Tajudin|
HONDA ODYSSEY e:HEV ABSOLUTE·EX BLACK EDITION 2024
HONDA ODYSSEY e:HEV ABSOLUTE·EX BLACK EDITION 2024
Setelah dimaklumkan pada April, Honda Odyssey mula ditawarkan di Jepun pada 8 Disember. 

Sebagai imbasan, penjualan Odyssey di Jepun dihentikan susulan penutupan kilang Honda Sayama pada Disember 2021.

Honda menawarkan tiga varian iaitu e:HEV ABSOLUTE, e:HEV ABSOLUTE・EX dan e:HEV ABSOLUTE・EX BLACK EDITION yang juga tambahan baharu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
HONDA ODYSSEY eHEV ABSOLUTE·EX BLACK EDITION 2024

Sebagai sebuah model e:HEV, Odyssey dibekalkan enjin 2.0 liter i-VTEC dengan dua motor hibrid dan dipadan bersama kotak gear eCVT dan pacuan roda depan.

Enjin pembakaran dalaman menghasilkan 2.0 liter 145 ps pada 6,200 rpm dan tork 175Nm pada 3,500 rpm.

Komponen elektrik pula memiliki kuasa 184 ps dari 5,000 sehingga 6,000 rpm dan tork 315 Nm dari 0 sehingga 2,000 rpm.

 

HONDA ODYSSEY eHEV ABSOLUTE·EX BLACK EDITION 2024

 

Odyssey  e:HEV ABSOLUTE EX BLACK EDITION yang merupakan varian teratas istimewa dengan jeriji hitam krom, lampu belakang gelap dan rim aluminium 18 inci Berlina Black.

Menetapi tema Black Edition, perkakasan dan riasan hitam boleh ditemui pada bahagian luar dan dalam kereta.

Kerusi Ottoman semua varian mempunyai empat larasan berkuasa dan perkakasan asas seperti pemanas, meja lipat, perehat tahan dengan meja kecil dan pengecas USB Type-C.

 

HONDA ODYSSEY eHEV ABSOLUTE·EX BLACK EDITION 2024

 

Odyssey e:HEV ABSOLUTE・EX dan e:HEV ABSOLUTE・EX BLACK EDITION menggunakan balutan kulit asli, dan dilengkapi pengecas tanpa wayar dan pintu but bebas tangan.

Sama seperti Odyssey sebelum ini, kerusi baris ketiga boleh dilipat dengan mudah dan rapat ke lantai untuk membawa muatan.

Satu ciri baharu pada Odyssey ialah tuil nyahpecut yang membolehkan pemandu melaras kadar nyahpecutan semasa pedal dilepaskan.

 

HONDA ODYSSEY eHEV ABSOLUTE·EX BLACK EDITION 2024

 

Tuil itu boleh digunakan semasa menuruni curam atau melaras jarak dengan kenderaan hadapan.

Suis gear elektrik pula membolehkan pemandu menukar gear hanya mengguna sebatang jari dan pertama kali dilengkapi pada Odyssey.

Dari segi keselamatan, Honda SENSING mempunyai tiga ciri baharu seperti Fungsi Brek Kelajuan Perlahan, Lampu Alur Automatik dan Pencegahan Tersalah Tekan Pedal.

 

HONDA ODYSSEY eHEV ABSOLUTE·EX BLACK EDITION 2024

 

Kamera depan mempunyai sudut lebih luas dan membolehkan Sistem Pembrekan Pencegahan Kemalangan membuat pengesanan lebih berkesan.

Fungsi lain Honda SENSING seperti Kawalan Suai Pandu (ACC) dengan Pengikutan Kelajuan Perlahan, Monitor Lintasan Trafik, Pengecaman Isyarat Jalan Raya dan pelbagai lagi.

Satu lagi sistem canggih dan selari dengan peredaran masa ialah Honda CONNECT yang membolehkan pemandu berhubung atau melaras tetapan melalui telefon pintar.

Di antaranya tetapan penyaman udara, pencarian kereta dan pusat panggilan kecemasan.

 

HONDA ODYSSEY eHEV ABSOLUTE·EX BLACK EDITION 2024

 

Berikut varian dan harga Honda Odyssey 2024:

  • Odyssey e:HEV ABSOLUTE: 4,800,400 yen (RM154,662)
  • Odyssey e:HEV ABSOLUTE・EX: 5,000,600 yen (RM161,112)
  • Odyssey e:HEV ABSOLUTE・EX BLACK EDITION: 5,164,500 yen (RM166,393)

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

HONDA ODYSSEY eHEV ABSOLUTE·EX BLACK EDITION 2024