Honda NSX Type R 1993 bernilai RM1.22 juta ini pernah mendarat di Malaysia!

oleh Mohamad Hanif|
Jika dibandingkan dengan Honda NSX standard, versi NSX-R (Honda NSX Type R) sebenarnya lebih direka untuk pemanduan yang lebih serius, dan ia merupakan model Type R pertama yang direka berorientasikan trek perlumbaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Memandangkan ia dihasilkan khusus untuk menyerang litar, Honda NSX Type R ini menjalani program diet dengan membuang kira-kira 120 kg beban tambahan seperti sistem penyerap bunyi, sistem audio, tayar simpanan, sistem pendingin hawa.

 


Selain daripada ketiadaan sistem stereng berkuasa, Honda juga turut menggantikan dengan bateri yang lebih kecil dan cermin belakang yang lebih nipis.

Tempat duduk pula adalah jenis bucket Recaro daripada gentian karbon.

Sementara itu, sistem suspensi juga turut dinaiktaraf dengan pemasangan bushing dan sway bar yang lebih keras, penyerap hentak daripada Showa, rim forged Enkei dan lencana Type R.

 


Semua itu terdapat pada model yang kami paparkan ini, di mana pihak Speedart Motorsports di Miami ingin menjual sebuah Honda NSX Type R tahun 1992 dengan harga jualan bermula dari $285,000 (RM1.22 juta).

Sejarah model NSX Type R ini juga amat menarik, di mana pemilik asal (Jepun) membeli model ini pada Januari 1993 dan ia kekal di bawah jagaannya sehingga tahun 2000 sebelum dijual kepada rakyat Australia.

Pun begitu, ia masih lagi kekal di negara asal sebelum dijual pada tahun 2016 dan kereta ini dieksport ke Malaysia!

 


Tempoh bertahan Honda NSX Type R ini tidak begitu lama di mana ia kembali dijual selepas dua tahun, dan ia berpindah milik ke UK sebelum pihak Speedart Motorsports membelinya dan menyimpan unit ini di Amerika Syarikat.

Dalam usianya mencecah 27 tahun, kondisi Honda NSX Type R ini masih lagi cemerlang dan memiliki jarak perbatuan sekitar 49,616 km sahaja!

Sumber: Speedart Motorsports

Berita Berkenaan

Berita Global
Untuk model Countach itu tadi, anda boleh memilih sama ada untuk mendapatkan lori pengangkut…