Honda NSX terima kemas kini minor - warna baharu Thermal Orange Pearl memasuki katalog jualan

oleh Mohamad Hanif|
Jika dibandingkan dengan rakan senegaranya iaitu Godzilla Nissan GT-R, Honda NSX tidaklah begitu menonjol dengan ketara walaupun setelah lebih tiga tahun membuat kemunculan pertama di Detroit.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Acara yang berlangsung di Pebble Beach Concours baru-baru ini telah memperlihatkan sedikit kemas kini pada Honda NSX 2019 yang dilayangkan dengan warna baharu, iaitu Thermal Orange Pearl yang diinspirasikan daripada Thermal Raceway, California. 
 


Penawaran warna baharu ini sememangnya membuatkan penampilan Honda NSX ini lebih menonjol berbanding model yang terdahulu, termasuklah gril hadapan, jaringan pada liang kemasukan udara pada hadapan dan belakang juga telah menerima kemasan warna berkilat. 

Para pembeli model terbaharu ini turut ditawarkan pakej kit badan dan spoiler gentian karbon sebagai barangan pilihan, manakala bahagian kabin pula menerima kemasan Alcantara dan kerusi balutan kulit Indigo blue. 
 


Antara peralatan standard yang dilengkapkan termasuklah tempat duduk boleh laras empat tetapan, navigasi satelit, sistem audio premium, sensor proximity depan dan belakang serta pedal sport daripada aluminium. 

Bahagian teknikal juga turut menerima penambahbaikan yang dimulakan dengan sistem gantungan yang lebih tegap 26% di hadapan dan 19% di belakang, terima kasih kepada penggunaan bar pengimbang yang lebih besar.
 


Di samping itu, Honda melengkapkan NSX 2019 ini dengan tayar Continental SportContact 6 yang direka khas, membolehkan ia melengkapkan pusingan di Litar Suzuka 2 saat lebih pantas berbanding model pra-facelift ini. 

Manakala nadi kuasa pula masih dikekalkan tanpa sebarang talaan, bermakna enjin V6 turbo berkembar itu masih menghamburkan kuasa setinggi 573 kuasa kuda dan daya kilas 645 Nm sebelum digandingkan bersama transmisi DCT sembilan kelajuan dan sistem pacuan semua roda Super-Handling. 
 


Honda NSX 2019 dijual pada harga bermula dari $157,500 (RM644k), sedikit mahal berbanding harga model pra-facelift. 

Namun begitu, penambahan sebanyak $1,500 (RM6,137) itu membolehkan NSX anda dilengkapi dengan pelbagai peralatan pilihan yang bernilai lebih daripada $4,700 (RM19,230!).
 

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
Perkara itu disahkan sendiri oleh CEO Honda, Toshihiro Mibe dalam satu temubual oleh laman Autocar…
Berita Global
Kali ini, projek NSX bertrailer tersebut direalisasikan sendiri oleh Honda, di mana jentera 'satu…
Berita Global
Unit terakhir itu merupakan sebuah NSX Type S yang diperkenalkan pada tahun lalu, dan angka…