Honda, Nissan, Toyota perlu bayar yuran paten 4G kepada syarikat telekomunikasi

oleh Mohamad Hanif|
Buat kali pertama, syarikat pengeluar automotif Jepun perlu membayar yuran royalti penggunaan paten kepada syarikat-syarikat telekomunikasi untuk teknologi sambungan 4G yang terdapat pada kereta-kereta masa kini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan Nikkei Asia, ketiga-tiga syarikat Honda, Nissan dan Toyota bersetuju untuk membayar yuran lesen selain menandatangani perjanjian dengan syarikat telekomunikasi Avanci untuk piawaian sambungan LTE.

Ini bermakna, mereka perlu membayar yuran sebanyak $15-$20 (RM68.54-RM91.38) bagi setiap kereta yang menggunakan teknologi 2G, 3G dan 4G.

Beberapa bulan sebelum ini, 48 buah syarikat telekomunikasi terkemuka dunia termasuk Sony Group, Panasonic, Sharp, dan juga Nokia telah meminta pembayaran paten daripada syarikat automotif Jepun untuk teknologi ketersambungan yang ada pada kereta buatan negara itu.

Kebiasaannya, syarikat kereta Jepun ini akan membenarkan syarikat pembekal untuk mengendalikan urusan pembayaran paten ini bagi melindungi diri mereka daripada kewajipan tersebut.

Kesemua 48 buah syarikat ini memegang kira-kira 70 peratus daripada patent penting piawai yang membentuk asas perhubungan 4G, dan kebanyakannya sangat diperlukan untuk membangunkan kereta dengan teknologi keterhubungan digital.

Sebelum ini, Mercedes-Benz juga dilapor turut bersetuju untuk membayar yuran perlesenan 4G kepada syarikat Nokia pada Jun 2021.

Sumber: Nikkei Asia

Berita Berkenaan

Berita Global
Jurutera syarikat Mitsubishi Logisnext berkata, beliau menerima banyak pertanyaan mengenai forklift…
Berita Global
Kementerian Pengangkutan Jepun bersedia untuk mengambil tindakan kawal selia pada bulan ini…
Berita Domestik
Laporan itu juga berkata AirAsia memerlukan dana untuk membayar pinjaman jangka-pendek dan juga kos…