Honda N-Van dijadikan sebagai camper mini - comel!

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan festival Feeld Good yang bakal menjelang, Honda dengan kerjasama White House Camper memperlihatkan contoh camper mini yang boleh dibuat menggunakan kei-car Honda N-Van.

Van mikro ini membawakan konsep campervan yang mampu memuatkan dua orang dewasa tidur, selain kemudahan-kemudahan seperti bumbung awning pada sisi kiri kereta, meja lipat dan ruang untuk penyimpanan barang keperluan.
 

N-Van


Disebabkan Honda N-Van ini tiada tiang B, bukaan pintu di sebelah kiri serta pintu gelongsor mampu mencipta bukaan yang lebih luas tanpa perlu bergantung kepada pintu tailgate seperti mana kebiasaan campervan.

Untuk keselesaan ketika bermalam, terdapat tilam khas tunggal atau berkembar yang boleh dilayangkan atas tempat duduk yang dilipat rata, serta tempat duduk pemandu yang boleh dilipat atau dipusingkan.
 

Camper


White House turut mendatangkan kemudahan seperti paip air, serta ruang storan di bahagian belakang termasuk besen sinki yang boleh diperbesarkan, di mana ia juga boleh berfungsi sebagai meja makan kecil.

Untuk kemudahan yang lebih mewah, terdapat opsyen untuk pemasangan kabinet siling yang lengkap dengan ketuhar mikro gelombang, atau rak berbentuk L untuk storan yang lebih versatil.
 

N-Van


Pakej asas White House N-Van ini bermula dari ¥2.23 juta (RM84 ribu) bergantung kepada pakej yang dipilih.

Berita Berkenaan

Berita Global
BYD K-Car pertama kali dikesan pada Mei 2025 sebagai sebuah EV penuh yang direka khusus untuk…
Uncategorized
Model generasi baharu ini tampil dengan ruang dalaman lebih luas, selesa serta direka dengan…
Berita Global
Lihat sahaja pada dua projek terawal yang telah siap sebelum ini, iaitu Mars (menggunakan asas…