Honda N-One laku keras di Jepun, 8000 tempahan dalam sebulan!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Honda N-ONE Honda Access.01
Honda N-ONE Honda Access.01
Apabila bercakap tentang kenderaan Honda, model yang selalu disebut ialah Civic, CR-V dan City yang merupakan produk utama Honda.

Di Jepun lain pula ceritanya kerana negara itu memberikan keutamaan kepada kereta kecil atau keicar. Di sana Honda N-BOX laku keras sehingga menerajui pasaran keicar selama bertahun-tahun.

Selain N-BOX, Honda mempunyai satu lagi keicar yang juga hebat iaitu N-ONE.

Model baharu N-ONE dilancarkan di Jepun pada 20 November 2020 dan tahukah anda bagaimana sambutan yang diterima? 

Setakat 20 Disember sebanyak 8,000 unit tempahan diterima! Sasaran jualan Honda ialah 2,000 unit sebulan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Honda N-ONE.01

Dari tempahan yang diterima, varian paling popular ialah N-ONE Original sebanyak 34 peratus disusuli RS 29 peratus, Premium 19 peratus dan Premium Tourer 18 peratus.

N-ONE dijual di Jepun pada harga 1,599,400 yen (RM62,316) sehingga 1,999,800 yen (RM77,917).

Apa yang menarik sebenarnya tentang N-ONE?

Huruf N pada N-ONE merujuk kepada legasi Honda iaitu model klasik N360 era 60-an dan 70-an.

N-ONE pertama kali ditawarkan di Jepun pada November 2012 dan membawa pengaruh reka bentuk N360 dengan gayaan berkotak, lampu depan bulat dan lampu belakang menegak.

 

Honda N-ONE

 

Dari segi spesifikasi, N-ONE baharu dilengkapi teknologi canggih Honda SENSING dan mampu mengesan penunggang basikal dan pejalan kaki pada waktu malam.

Berikut ialah teknologi bantuan pemanduan pada N-ONE baharu:

  • Kawalan Suai Pandu (Adaptive Cruise Control) - Model CVT sahaja.
  • Sistem Bantuan Laluan Susur (Lane Keeping Aid System)
  • Collision Mitigation Brake System (CMBS)
  • Makluman pergerakan mula kenderaan hadapan
  • Pengecaman Isyarat Jalan Raya
  • Kawalan tersalah tekan padel - Model CVT sahaja.
  • Amaran Penukaran Susur
  • Lampu puncak automatik

 

Honda N-ONE

 

Berkenaan rangkaian kuasa, N-ONE ditawarkan dalam dua pilihan enjin iaitu 660cc DOHC aspirasi normal dan 660cc DOHC Turbo dengan pacuan depan dan 4WD.

Dari empat varian yang ditawarkan, N-ONE RS tampil istimewa dengan enjin turbo, pacuan depan dan transmisi manual enam kelajuan.

Selain itu, Honda juga menawarkan kit khas Honda Access untuk N-ONE RS bagi menyerlahkan lagi penampilan termasuk suspensi sport yang merendahkan lagi badan kereta.

Penulis: Muhammad Md Tajudin / Kredit foto: Honda

Honda N-ONE

 

Berita Berkenaan

Informasi
Antara model N yang paling digilai di Malaysia adalah N BOX. Model ni didatangkan dengan 2…
Berita Global
Kemaskini tersebut turut merangkumi pengenalan varian baharu N-One Style + Urban dengan penampilan…
Berita Global
Dari segi luaran, ia  membawakan evolusi perubahan berbanding generasi terdahulu, dimulakan dengan…