Honda N-ONE baharu, alahai comelnya!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Honda N-ONE
Honda N-ONE
Honda N-ONE adalah satu daripada siri kereta mini (keicar) khusus untuk pasaran Jepun. Dua lagi model dalam siri keicar N ialah N-BOX dan N-WGN.

Huruf N adalah suatu yang ikonik dan merujuk kepada model klasik N360 pada era 60-an dan 70-an.

Honda N-ONE mula dijual di Jepun pada November 2012 dan menariknya membawa pengaruh reka bentuk N360 dengan bentuk berkotak, lampu depan bulat dan lampu belakang menegak.

Beberapa tahun di pasaran, Honda mengumumkan N-ONE baharu dan seperti sebelumnya kekal ringkas dan bersegi.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Reka bentuk

 

Honda N-ONE

 

Sekali pandang nampak sama, dua kali pandang pun sama dan reka bentuk timeless begini sentiasa menawan.

Walaupun kekal sama, perubahan dibuat menaikkan seri seperti lampu depan LED penuh yang digabungkan dengan lampu nyalaan siang (DRL) dan lampu isyarat.

Lampu belakang juga jenis LED dengan kombinasi lampu isyarat. Bampar depan dan belakang didatangkan dengan reka bentuk baharu.

Teknologi bantuan pemanduan

 

Honda N-ONE

 

N-ONE dilengkapi teknologi Honda SENSING dengan keupayaan pengesanan pengayuh basikal dan pejalan kaki pada waktu malam. Di antara teknologi canggih yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • Kawalan Suai Pandu (Adaptive Cruise Control) - Model CVT sahaja.
  • Sistem Bantuan Laluan Susur (Lane Keeping Aid System)
  • Collision Mitigation Brake System (CMBS)
  • Makluman pergerakan mula kenderaan hadapan
  • Pengecaman Isyarat Jalan Raya
  • Kawalan tersalah tekan padel - Model CVT sahaja.
  • Amaran Penukaran Susur
  • Lampu puncak automatik

Rangkaian kuasa

Honda N-ONE

Honda belum memaklumkan tawaran enjin untuk model baharu dan sebagai rujukan model terdahulu menggunakan enjin 660cc aspirasi normal dan turbo.

Apa yang disahkan Honda ialah N-ONE RS ditawarkan dengan enjin turbo, pacuan 2WD depan dan pilihan transmisi enam kelajuan manual selain CVT. 

Dua lagi varian iaitu N-ONE dan N-ONE Premium/Premium Tourer menggunakan transmisi CVT dan dua pilihan pacuan iaitu 2WD atau 4WD.

Honda N-ONE

Kit Honda Access

Khusus untuk pengguna yang mahukan penampilan berbeza, kit Honda Access dapat membantu dengan menawarkan aksesori seperti grafik badan, pelekat karbon pada gril, kemasan gril, garnish krom pada bampar dan pelapik penutup tangki minyak.

Berkenaan harga Honda belum mendedahkannya lagi dan kepada yang berkenan, keicar comel ini hanya boleh ditatap dari jauh dan tidak seperti N-BOX yang boleh dibeli di pasaran tempatan.

Penulis: Muhammad Md Tajudin Kredit foto: Honda

Berita Berkenaan

Berita Global
Kemenangan pada tahun ini merupakan tahun kelima berturut-turut produk Honda memenangi anugerah Red…
Berita Global
  Ye Series juga menjadi jawapan kepada yang bertanya di mana EV Honda. Masih awal, belum…
Berita Global
  Nampaknya trend penurunan harga kenderaan elektrik (EV) bukan lagi terpencil. Semasa…