Dari segi luaran, ia membawakan evolusi perubahan berbanding generasi terdahulu, dimulakan dengan rekaan berbentuk kotak, namun dikontraskan dengan rekaan lampu bulat yang comel di bahagian hadapan, dan lampu menegak di bahagian belakang.
Rekaan dalaman pula tampak minimalis, namun lengkap dengan kelengkapan seperti sistem infotainmen, roda stereng, tingkap berkuasa, sistem pendingin hawa, brek parkir elektrik, slot pengecasan USB, dan ruang storan.
Honda N-One juga merupakan kenderaan pertama di dalam segmen kei-car di Jepun yang menampilkan sistem peringatan tali pinggang keledar belakang.
Terdapat sehingga empat varian ditawarkan, iaitu Original, Premium, Premium Tourer dan RS, serta ciri keselamatan seperti mitigasi pelanggaran pejalan kaki, brek mitigasi pelanggaran, mitigasi keluar jalan, bantuan kekal jalan, bantuan mula mendaki, sistem pengecaman papan tanda, kawalan suai pandu dan lampu suluhan tinggi automatik.
Di bawah kelas kei-car, Honda N-One dikuasakan oleh enjin DOHC 660 cc aspirasi natural dan turbo, dipadankan dengan tranmsisi CVT atau manual enam nisbah kelajuan.