Honda N-Box kereta paling laris di Jepun tahun 2022, 202k unit terjual!

oleh Mohamad Hanif|
Biarpun bersaiz kecil, kei car Honda N-Box ternyata popular di kalangan rakyat jelata Jepun sehingga dinobatkan sebagai kereta penumpang paling laris terjual di sana pada tahun lepas (2022).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebanyak 202,197 unit N-Box telah terjual pada tahun lepas, diikuti oleh Toyota Yaris (168,557 unit), Toyota Corolla (131,548 unit), Nissan Note dan Toyota Roomy.

Sementara itu, jualan bagi kenderaan elektrik turut mencatatkan angka yang memberangsangkan untuk pasaran Jepun.

Nissan Sakura EV merupakan antara yang popular, dengan jumlah jualan sebanyak 21,887 unit sementara kembarnya Mitsubishi eK X telah terjual sebanyak 4,175 unit.

Angka jualan bagi sebuah lagi EV Nissan, iaitu Nissan LEAF melonjak 17 peratus kepada 12,732 unit berbanding tempoh yang sama pada tahun terdahulu.

Sumber: NHK

Berita Berkenaan

Berita Global
Dari 2011 hingga 2023, jualan melebihi 2.5 juta unit!   Buktinya, jualan siri N-BOX (N-BOX, N-…
Berita Global
  Honda N-BOX CUSTOM PREMIUM STYLE Sejak generasi sebelum ini dan kepada yang berhajat, terdapat…
Berita Global
Untuk kebanyakan model, Mugen menyediakan sehingga dua jenis spoiler hadapan, diikuti dengan…