Honda N-BOX kei-car terlaris Jepun pada 2021, lebih 188k unit terjual!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Honda N-Box 2020
Honda N-Box 2020
Sudah sekian lama pengguna tempatan dapat merasai unit jualan yang sama di Jepun.

Pengimport bebas sentiasa membawa masuk model menarik dari jenis berprestasi tinggi dan rare sehingga kei-car (kereta mini) seperti Honda N-BOX.

Respon di media sosial menunjukkan N-BOX digemari ramai cuma harganya mencecah enam angka.

Di Jepun N-BOX adalah model yang sangat popular dengan jualan tahun 2021 berjumlah 188,940 unit.

Angka itu meletakkan N-BOX sebagai kei-car terlaris selama tujuh tahun berturut-turut! Jualan kumulatif sejak tahun 2011 pula menghampiri 2.1 juta unit!
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Honda N-Box 2020

 

Dengan reka bentuk tipikal sebuah kei-car berkotak, apa sebenarnya yang membuatkan N-BOX begitu popular?

Menurut Honda, N-BOX digemari disebabkan prestasi pemanduan dan kecekapan bahan bakar.

Dari segi pakej, N-BOX adalah di antara kei-car dengan saiz dalaman yang besar dan reka bentuk luaran menyerlah.

Teknologi bantuan pemanduan Honda SENSING pula dilengkapi sebagai ciri standard untuk kesemua varian N-BOX.

Honda N-BOX Custom STYLE + BLACK

Pada Disember 2021, Honda mengemaskini N-BOX dan melengkapinya dengan brek parkir elektronik dan fungsi pegangan brek automatik.

Kelengkapan itu dipasang susulan permintaan yang banyak dari pelanggan.

N-BOX sebenarnya sudah lama di pasaran dan bagi meraikan ulang tahun kesepuluh, Honda memperkenalkan varian N STYLE + yang juga ditawarkan kepada siri N lain seperti N-ONE, N-WGN, N-VAN.

Honda N-Box 2020

Di Jepun, Honda N-BOX dijual pada harga 1,929,400 yen (RM70,457) untuk model 660 cc aspirasi normal 2WD dan 2,057,000 yen (RM75,116) bagi model 660 cc turbo 2WD.

Berikut adalah prestasi jualan Honda N-BOX sejak tahun 2011:

 

Tahun Jualan Kedudukan (kereta mini)
2011 2,860 45
2012 211,155 2
2013 234,994 1
2014 179,930 2
2015 184,920 1
2016 186,367 1
2017 218,478 1
2018 241,870 1
2019 253,500 1
2020 195,984 1
2021 188,940 1
Jumlah 2,098,998 Lapan kali nombor satu!

 

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Dari 2011 hingga 2023, jualan melebihi 2.5 juta unit!   Buktinya, jualan siri N-BOX (N-BOX, N-…
Berita Global
  Honda N-BOX CUSTOM PREMIUM STYLE Sejak generasi sebelum ini dan kepada yang berhajat, terdapat…
Berita Global
Untuk kebanyakan model, Mugen menyediakan sehingga dua jenis spoiler hadapan, diikuti dengan…