Honda mungkin keluar dari pasaran Australia menjelang akhir bulan ini

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada jenama Holden yang baharu sahaja tutup kedai, nampaknya keadaan tersebut bakal menimpa sebuah lagi jenama gergasi automotif dari Jepun, Honda.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut satu dokumen dalaman yang diperoleh daripada CarAdvice memberitahu, Honda kini sedang berada di ambang menentukan masa hadapan yang kian kelam.

Menjelang akhir bulan ini, Honda mempunyai tiga jalan untuk dipilih - keluar dari Australia dan menutup kesemua 106 buah pengedar; mengurangkan jumlah pusat pameran atau menjual kenderaan menerusi pihak pengedar bebas. 

Dalam mesyuarat tertutup bersama para pengedar turut mendedahkan bahawa Honda Australia kini menerima tekanan daripada Honda Jepun supaya mengambil langkah meningkatkan keuntungan atau bakal menerima akibat yang lebih serius. 

Wakil daripada Honda Australia yang baharu pulang daripada perjumpaan bersama eksekutif Honda luar negara turut mengakui pengeluar Jepun itu kini menghadapi masalah profit yang tidak menguntungkan, dan tambah merumitkan apabila nilai dolar Australia juga semakin merudum. 
 


Namun, langkah untuk menyerahkan hak pengedaran kepada pihak ketiga berkemungkinan besar akan menyebabkan harga jualan meningkat memandangkan margin keuntungan yang bakal diambil untuk menguruskan hal import, servis dan juga alat ganti. 

Ketika diajukan perihal isu yang berbangkit, boss besar Honda Australia Stephen Collins berkata, "saya tidak akan membuat spekulasi berkenaan keputusan yang bakal dibuat, namun (Honda Australia) berjanji akan bersikap terbuka dan telus bila tiba masanya."

Dan dalam satu perjumpaan yang berbeza antara eksekutif serta para pengedar Honda, mereka diberitahu supaya tidak meneruskan pelaburan sehingga diberitahu kelak. 

Keputusan sama ada untuk keluar dari Australia hanya akan diberitahu dan diputuskan menjelang akhir bulan ini. 

Menurut data penjualan kenderaan di Australia, pasaran tersebut mengalami penurunan jualan sebanyak 7.8 peratus pada tahun lalu, dan prestasi Honda Australia pula berada di kedudukan paling lemah dalam masa tiga tahun dengan penurunan sebanyak 15 peratus.  

Sumber: CarAdvice AU

Berita Berkenaan

Berita Global
Ini kerana terdapat peningkatan trend terutama di Amerika Syarikat di mana pengguna beralih…
Berita Global
Menurut keputusan kewangan Ferrari untuk tahun 2021, pengeluar Maranello itu mencatatkan hasil…
Informasi
  Syarikat, katanya, menjual 6.8 juta tong pada suku dikaji berbanding 9.2 juta tong yang dijual…