Honda mungkin benarkan update untuk sistem nirwayar bagi Apple  CarPlay/Android Auto 

oleh HEZERI SAMSURI|
Antara teknologi terkini yang memang memudahkan hidup kita ialah sistem nirwayar bagi Apple Carplay dan Android Auto.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia mudah dan membenarkan pemandu yang kemas untuk mengekalkan kekemasan kabin kenderaan dari dipenuhi dengan keserabutan wayar-wayar.

Jalopnik melaporkan bahawa Honda US kini sedang membuat kajian di kalangan penggunanya untuk mengetahui adakah mereka berminat dengan teknologi nirwayar ini dan adakah mereka berminat untuk menaik-taraf sistem kenderaan mereka kepada varian itu.

Honda US dikatakan sedang memikiirkan untuk memberikan pilihan itu dengan cara memuat-turun perisian dari laman web mereka ke dalam satu “pen-drive” dan kemudian memuat-naiknya ke sistem infotainment kenderaan mereka.

Untuk pelanggan yang rabun IT, Honda US berkata mereka boleh ke pusat servis untuk perkhidmatan tersebut.

Harapnya Honda Malaysia turut menawarkan “upgrade” yang sama pada model-model sedia ada yang sudah boleh menggunakan Apple CarPlay dan Android Auto berkabel. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kemenangan pada tahun ini merupakan tahun kelima berturut-turut produk Honda memenangi anugerah Red…
Berita Global
  Ye Series juga menjadi jawapan kepada yang bertanya di mana EV Honda. Masih awal, belum…
Berita Global
  Nampaknya trend penurunan harga kenderaan elektrik (EV) bukan lagi terpencil. Semasa…