Honda Motocompo XL dijelmakan sebagai jentera cafe racer!

oleh Mohamad Hanif|
Salah satu daripada impian penulis adalah untuk memiliki sebuah skuter boleh lipat macam Motocompo, kecil dan senang untuk disimpan dalam ruang kargo kereta.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Namun bagi sesetengah orang, saiz Motocompo mungkin terlalu kecil, jadi penyelesaian yang mudah adalah hadir dengan produk yang lebih besar, seperti apa yang digambarkan oleh artis grafik Allan Williams ini.

Motocompo XL merupakan sebuah Motocompo bersaiz penuh, dan ia tidaklah direka untuk dilipat dan disimpan ke dalam but kereta.
 

motocompo XL


Lebih menarik, Allan Williams menggambarkan Motocompo XL ini sebagai sebuah jentera cafe racer, di mana posisi pelana terletak betul-betul di bahagian atas tempat pemijak kaki.

Tidak dapat dipastikan trenkuasa apa yang digunakan untuk menggerakkan Motocompo XL ini, besar kemungkinan motor elektrik yang disembunyikan pada hab tayar belakang.
 

motocompo XL


Terdapat skrin kecil dengan tiga butang kecil pada bahagian hadapan yang dilihat merupakan satu rujukan kepada rekaan Williams yang terdahulu, iaitu Nintendo Super FamiGUN.

Honda Motocompo yang sebenar mungkin akan kekal sebagai salah satu monumen bersejarah yang menjadi sebahagian daripada Honda, namun pengeluar itu sebelum ini diberitakan telah mendaftarkan tanda dagang 'Motocompacto' di Amerika Syarikat tahun lalu.
 

32


Adakah ini bermakna pengganti sebenar Honda Motocompo bakal hadir pada masa akan datang?

Sumber: Behance