Honda Monkey sudah mari - RM13,999

oleh HEZERI SAMSURI|
Ikon zaman 70-an, Honda Monkey kini kembali ke Malaysia, tetapi dalam bentuk yang lebih modern, lebih selamat dan lebih menyeronokkan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Boon Siew Honda hari ini melancarkan Honda Monkey dengan enjin 124 cc dan rekabentuk nostalgia yang memang sangat retro.

Di bawah ialah ciri-ciri penting yang anda perlu tahu akan Monkey 2018 ini.

  • Enjin 125cc dengan kuasa 8.9 hp pada 7,000 rpm dan 10.5 Nm pada 5,500 rpm
  • Lampu hadapan LED
  • Lampu belakang LED
  • Lampu penunjuk berkelap-kelip LED (lampu arah)
  • Meter digital dengan skrin LCD
  • Ruang simpanan alatan penyelenggaraan (tool kit)
  • Sistem Penggera dan Sahut Semua (Alarm and Answer Back) untuk anda mengetahui di mana rakan anda menyorokkan Monkey anda di kawasan parkir.
  • Peredam ekzos Never Lower yang menampilkan rekabentuk retro.

 

 

Walaupun bersaiz kecil, tinggi tempat duduk Monkey ini ialah pada 775 mm, sama seperti motosikal biasa.

Sistem gantungan belakang mempunyai jarak pergerakan sejauh empat inci dan lega bumi untuk Monkey ialah pada 160 mm.

Honda Monkey boleh didapati dengan warna dan gabungan krom seperti di bawah:

  • Pearl Nebula Red (merah)
  • Pearl Glittering Blue (biru)
  • Banana Yellow (kuning pisang)

Honda Monkey boleh didapati dari pengedar Boon Siew Honda terpilih dengan harga RM13,999 dengan SST 0% (tiada SST untuk motosikal di bawah 250cc) dan jaminan kilang dua tahun atau 20,000 km, yang mana dahulu.

brochure

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kedua-dua model tersebut masih lagi dilengkapi dengan enjin 649 cc yang kini mematuhi piawaian Euro…
Berita Domestik
Honda FORZA 250 didatangkan dengan enjin 250 cc SOHC eSP+ dengan sistem pancitan bahan api PGM-FI…
Informasi
Sejarah serta asal usul motosikal jenis step thru ini sebenarnya hadir dari benua Eropah dan…