Honda Malaysia tawar dua warna baharu untuk BR-V 2022

oleh Mohamad Hanif|
Honda Malaysia hari ini mengumuman penawaran dua warna baharu untuk model crossover Honda BR-V 2022, iaitu warna Ignite Red Metallic dan Meteoroid Gray Metallic.

Penawaran warna baharu ini adalah untuk menggantikan warna sedia ada iaitu Passion Red Pearl dan Modern Stell Metallic.

Menurut Pengarah Urusan dan CEO Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura berkata, "Honda Malaysia sebelum ini memperkenalkan dua warna baharu itu untuk barisan model City Hatchback, City sedan dan juga Civic di mana sambutan yang terima adalah menggalakkan.
 

BRV


"Melihatkan tahap penerimaan yang baik itu, kami kini menawarkan warna baharu itu untuk crossover tujuh tempat duduk Honda BR-V, dan yakin ia mampu menarik perhatian pelanggan yang sedang mencari model BR-V.

Sejak pelancaran pada Jun 2020, Honda BR-V facelift telah berjaya dijual sebanyak lebih 5,700 unit sehingga April 2022.

Ia dikuasakan oleh nadi 1.5 liter SOHC i-VTEC yang mampu menghasilkan kuasa setinggi 120 PS dipadankan dengan transmisi CVT.
 

BRV


Honda BR-V menawarkan ruang kargo sebesar 223 liter yang boleh ditambah menjadi 539 liter apabila tempat duduk baris ketiga dilipat, selain didatangkan dengan ciri standard seperti sistem pendingin hawa automatik, kemasukan pintar, serta butang pandu mula untuk semua varian.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kempen panggil semula ini merupakan salah satu daripada langkah keselamatan berjaga-jaga yang…
Berita Domestik
Senarai pusat pameran yang terpilih boleh dirujuk pada jadual di bawah, dan para pengunjung…
Berita Domestik
Bakal ditawarkan dalam varian petrol dan hibrid (e:HEV), Honda HR-V 2022 membawakan ukuran…