Honda Malaysia, SOCAR sedia 50 unit City untuk petugas baris hadapan

oleh Mohamad Hanif|
Honda Malaysia hari ini mengumumkan kolaborasi bersama SOCAR Mobility Malaysia Sdn Bhd bagi menyediakan 50 unit Honda City kepada pemilik kenderaan Honda yang bertugas di baris hadapan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tersedia untuk tempoh sebulan penggunaan, program ini dimulakan oleh Honda bagi menyediakan kemudahan kepada para petugas baris hadapan yang tidak dapat menggunakan kenderaan mereka ketika keadaan semasa, sekaligus memudahkan urusan pergerakan.

Melihatkan kepada keadaan semasa, Honda Malaysia menghargai semangat dan usaha yang dilakukan oleh para petugas baris hadapan dan berharap insiatif bersama SOCAR ini mampu meringankan beban yang ditanggung, sekaligus menyumbang kepada ketenangan minda ketika bertugas.

Menurut Pengarah Urusan dan CEO Honda Malaysia, Toichi Ishiyama berkata, "semua pihak memainkan peranan penting dalam melawan penularan COVID-19, apatah lagi para petugas baris hadapan dengan tugas yang lebih mencabar.

"Bagi pihak Honda Malaysia, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada para petugas baris hadapan, tanpa mereka perjuangan ini akan menjadi lebih sukar.

Para pemilik Honda yang terjejas (petugas baris hadapan) boleh melayari laman web Honda di www.honda.com.my/customer_service/enquiry untuk maklumat lanjut, manakala bayaran sewa pula akan ditanggung oleh pihak Honda tertakluk kepada terma dan syarat serta berdasarkan asas layanan pertama.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Namun begitu kami yakin ia mampu dicapai berdasarkan rekod jualan yang baik bagi tahun lalu yang…
Berita Domestik
Pencapaian tersebut menjadikan Honda Malaysia kekal kedudukan nombor satu dalam negara untuk…
Berita Domestik
Sebagai varian yang paling tinggi dalam penawaran SUV CR-V generasi baharu, CR-V e:HEV RS…