Serentak dengan itu, pihak Honda Malaysia turut mengadakan upacara penyerahan unit HR-V RS e:HEV kepada pemilik pertama di Malaysia, Cik Nurul Hafida bertempat di MJN Motors Sdn Bhd, Cheras baru-baru ini.
Sebagai tanda penghargaan, Honda Malaysia turut memberikan barangan Honda Authorized Accessories, Ultra Gralss Body Coating, dan Honda Official Merchandise bernilai RM5,700.

Hadir pada majlis penyerahan tersebut, Nurul Hafida berkata, "saya telah membuat kajian terlebih dahulu sebelum pelancaran rasmi Honda HR-V di Malaysia. Rekaan luaran dan penampilan mencuri tumpuan saya dan ia menyebabkan saya membuat keputusan untuk menempah model ini.
"Saya amat terkejut apabila mengetahui saya merupakan pelanggan pertama yang akan menerima kereta tersebut. Apa yang membuatkan saya teruja adalah kejutan tambahan daripada pihak Honda Malaysia!"

Menurut pemilik MJN Motors Sdn Bhd, Wan Hazmi bin Dato' Wan Mustafa berkata, "permintaan terhadap Honda HR-V serba baharu adalah tinggi, dan kami amat berbesar hati untuk menjadi pengedar yang menyerahkan unit pertama HR-V kepada pelanggan kami.
Spesifikasi lanjut Honda HR-V boleh dibaca menerusi pautan di bawah:
Baca: Honda HR-V 2022