Honda Malaysia rasmikan Pusat 3S yang PERTAMA diberikan sijil GBI

oleh SALINA JALIL|
Honda Malaysia telah merasmikan pusat 3S baharu yang terletak di Bandar Baru Sri Klebang, Chemor, Perak. Pusat 3S ini dikendalikan oleh Ban Hoe Seng (Auto) Sdn Bhd. dan yang paling menarik ia merupakan bilik pameran pertama di Malaysia yang menerima pensijilan Indeks Bangunan Hijau (Gold-Rated Green Building / GBI).

Pensijilan GBI ini adalah bangunan yang diiktiraf oleh industri di Malaysia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai isu alam sekitar dan
mempromosikan kesedaran terhadap pencemaran alam sekitar dan persekitaran yang lebih sihat.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Dengan pelaburan sebanyak RM15juta, Pusat 3S ini dibina khas dengan menampilkan ciri-ciri mesra alam termasuk menggunakan bahan semulajadi yang membantu mengurangkan bahan sisa, penjimatan tenaga dan mengurangkan penggunaan air. 

 

Pusat 3S ini menepati ketetapan bangunan GBI dengan penggunaan 60 peratus cahaya semulajadi pada waktu siang menerusi binaan permukaan dinding kaca yang besar.

 

Ia juga mendapat pencahayaan LED dengan sensor pergerakan untuk membantu menjimatkan tenaga.

 

Sistem pengudaraan pula adalah secara semula jadi dan dengan sistem Water Closet (WC), saringan dari air hujan yang terkumpul akan digunapakai di Pusat 3S ini dan ini akan menjimatkan penggunaan sehingga 49 peratus. 

 

 

CEO dan Pengarah Urusan Honda Malaysia, Toichi Ishiyama berkata, “Sebagai salah satu pengedar Honda yang paling lama di Malaysia, Ban Hoe Seng (Auto) terus berusaha menarik perhatian kami dengan semangat dan kejayaan mereka. Mereka berani menetapkan penanda aras baharu ini termasuk menjadi pusat 3S Honda yang bersifat mesra alam sekitar.

 

“Kami di Honda juga komited untuk terus dapat membantu menjaga alam sekitar. Kami mengambil inisiatif untuk menggunakan teknologi hijau dalam operasi harian kami. 

 

Kami percaya dengan pusat 3S Honda yang bersifat mesra alam ini mampu memberikan pengalaman bermakna buat para pelanggan.”

 

 

Pusat 3S Ban Hoe Seng ini dibina di kawasan seluas dua ekar dengan fasiliti terkini. Secara keseluruhan terdapat 19 petak yang disediakan iaitu 14 petak untuk penyelenggaraan umum, empat petak pembaikian umum dan satu petak untuk penjajaran tayar. 

 

Ia mampu mengendalikan sehingga 60 buah kenderaan sehari. Faksiliti lain yang turut disediakan adalah seperti ruang menunggu yang lebih selesa, WiFi percuma, ruang makanan dan minuman, ruang permainan kanak-kanak serta bilik solat untuk pelanggan beragama Islam.

 

Pusat 3S Ban Hoe Seng (Auto) ini terletak di 2, Jalan Sri Klebang A/13, Bandar Baru Sri Klebang, 31200, Chemor, Perak. Untuk sebarang pertanyaan lain atau ingin mengetahui lebih lanjut tentang fasiliti yang disediakan, sila hubungi 05-292 7333 atau layari laman sesawang https://www.honda.com.my 
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Namun begitu kami yakin ia mampu dicapai berdasarkan rekod jualan yang baik bagi tahun lalu yang…
Berita Domestik
Pencapaian tersebut menjadikan Honda Malaysia kekal kedudukan nombor satu dalam negara untuk…
Berita Domestik
Sebagai varian yang paling tinggi dalam penawaran SUV CR-V generasi baharu, CR-V e:HEV RS…