Honda Malaysia rai pemilik Civic yang ke-130,000!

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Honda Malaysia kini mencatatkan rekod baharu dengan mencapai penjualan unit ke-130,000 bagi model sedan segmen C paling popular di Malaysia, Honda Civic.

Majlis penyerahan unit Honda Civic 1.5 TC-P berwarna Dark Ruby Red yang ke-130,000 kepada pemiliknya, Cik Fatihah binti Abdul Kadir telah selesai dibuat di Botanic Auto Mall Sdn Bhd. 

Menurut pemilik Botanic Auto Mall, Dato' Mahfoz bin Haji Hamid berkata, "kami berasa berbesar hati untuk menjadi pengedar yang menyaksikan penyerahan unit ke-130,000 ini kepada Cik Fatihah, dan berharap beliau akan berpuas hati dengan perkhidmatan selepas jualan yang kami berikan.

Ketika ditemubual, Cik Fatihah yang sebelum ini memiliki sebuah Honda Stream amat tertarik dengan ciri inovatif yang ditawarkan pada Civic. 
 


"Untuk menjadi pemilik Honda Civic yang ke-130,000 itu merupakan satu pengalaman berharga buat saya, dan tidak sabar untuk memandunya di atas jalan," tambah beliau lagi.

Bersempena dengan bulan Ramadan, Honda Malaysia ingin memberikan ganjaran istimewa kepada para pelanggan baharu bernilai sehingga RM5,000 dalam kempen Enjoy the Special Gifts of Ramadan. 

Promosi ini bermula 1 Mei yang lalu sehingga 31 Mei 2019, tertakluk kepada terma dan syarat. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.honda.com.my atau talian bebas tol Honda di 1-800-88-2020. 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, video tersebut memaparkan sebuah kereta jenis Honda Civic merempuh sebuah motosikal…
Berita Domestik
Beliau berkata, video itu memaparkan seorang anggota polis trafik cuba memberhentikan kereta jenis…
Berita Domestik
  Kejadian yang berlaku pada hari Ahad (semalam), pada pukul 7.25 pagi turut disahkan oleh Ibu…