Honda Malaysia perkenal teknologi Honda SENSING untuk Accord

oleh HEZERI SAMSURI|
Honda Malaysia nampaknya tidak menunggu lama untuk memperkenalkan teknologi Honda SENSING mereka.

Walaupun baharu sahaja memperkenalkan teknologi keselamatan canggih itu pada SUV popular mereka, CR-V, kini wakil mereka dalam segmen D, Accord turut dilengkapi dengan peranti tersebut.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Varian Accord 2.4 VTi-L Advance akan dilengkapi dengan Honda SENSING bersama kelengkapan premium lain seperti lampu depan belakang LED, sistem audio dengan skrin sesentuh 7-inci dan i-MID yang boleh disambungkan kepada telefon pintar melalui Apple Car Play dan Android.

Ia juga dipasang dengan fitur Honda LaneWatch bagi memastikan keselamatan lebih terjamin.

Namun begitu, pasaran untuk SUV masih terus meningkat.

Menurut Akkbar Danial, Naib Presiden Honda Malaysia, pasaran untuk SUV meningkat pada 6.3 peratus (tahun ke tahun).

"Kenderaan dalam segmen C pula melihatkan peningkatan dari segi saiz fizikal dan juga kelengkapan."

"Dalam segmen D pula, walaupun ia masih didominasi oleh jenama Jepun dan Accord mengetuai jualan segmen itu, cabaran dari jenama mewah Eropah sudah mula dilihat menawarkan harga yang lebih kompetitif," ujar Akkbar.

Atas dasar itu, Honda Malaysia melancarkan Accord dengan Honda SENSING ini bagi menjadikan produk itu lebih berdaya saing.

Honda SENSING meliputi fungsi-fungsi di bawah:

- Adaptive Cruise Control (ACC)
- Forward Collision Warning (FCW)
- Collision Mitigation Braking System       (CMBS)
- Lane Keep Assist System (LKAS)
- Road Departure Mitigation (RDM)
- Lane Departure Warning (LDW)

Prestasi jualan Honda Accord masih membanggakan. Sebanyak 5,500 unit terjual sejak dilancarkan pada September 2016 dan varian 2.4 VTi-L menyumbangkan 25 peratus dari jumlah jualan keseluruhan.

Varian 2.0 VTi-L menjadi varian paling popular dengan 61 peratus jumlah jualan sementara baki 14 peratus ialah dari varian 2.0 VTi (yang paling mampu milik).

Oleh kerana itu, Honda Malaysia mengambil keputusan untuk memberhentikan jualan varian Accord 2.0 VTi mulai bulan ini.

Hanya dua varian Accord sahaja akan ditawarkan:

- Accord 2.0 VTi-L pada harga RM149,350

- Accord 2.4 VTi-L Advance dengan Honda SENSING pada RM169,800

Dalam masa yang sama, jualan Honda Malaysia dari Januari hingga Oktober 2017 berjumlah 87,800 unit.

Tempahan untuk model-model Sport Hybrid (Jazz dan City) mencecah 1,860 unit dalam masa 5 bulan, 24 peratus lebih tinggi dari sasaran Honda Malaysia.

Penerimaan pasaran kepada teknologi turbo Honda juga turut meningkat - 60 peratus Civic terjual ialah dengan ennin turbo dan 71 peratus CR-V terjual juga dengan enjin yang sama.

Berdasarkan rekod semasa, Honda Malaysia masih mengekalkan kedudukan mereka sebagai tempat pertama dalam jualan kenderaan bukan nasional dan di tempat kedua jualan keseluruhan negara.

Honda Malaysia yakin sasaran 100,000 unit terjual untuk 2017 akan tercapai.
 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Sebagai contoh Honda memasarkan CB125R yang menggunakan enjin paling kecil dalam siri Neo…
Berita Global
Menurut laporan Nikkei Asia, Nissan mahu bergerak ke arah penghasilan tren kuasa umum untuk EV,…
Berita Global
  Jarak roda juga sama iaitu 2,830 mm. Dari sisi, Accord nampak begitu panjang dan disumbang oleh…