Honda Malaysia perkenal aplikasi digital 'HondaTouch'

oleh Mohamad Hanif|
Honda Malaysia baru-baru ini melancarkan inisiatif digital terbaharu mereka yang digelar sebagai HondaTouch yang menyatukan sepuluh ciri menarik di dalam satu platform tunggal.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Tersedia untuk peranti Apple iOS dan Android, aplikasi HondaTouch ini menawarkan ciri seperti Service Appointment Booking, Service Appointment Reminder, Real-Time Service Status Tracing, Service History dan Find Your Nearest Dealer.

Dengan adanya aplikasi ini, pelanggan Honda boleh menetapkan tempahan tarikh servis, mendapat notifikasi servis, menyemak status semasa, serta meneliti sejarah servis kenderaan dengan hanya satu sentuhan.

Selain daripada itu, aspek yang menarik dibawakan pada HondaTouch adalah ciri bantuan kecemasan (Emergency Assistance), di mana pengguna boleh menghubungi secara terus bantuan kecemasan menerusi aplikasi tersebut untuk mendapatkan pertolongan serta-merta.

Para pemilik Honda juga akan turut mendapat notifikasi berkenaan pembaharuan insurans, sekaligus menjadikan pemilikan kereta Honda mereka lebih menyenangkan dan lebih fleksibel.

 


Tidak tertakluk kepada pelanggan Honda sahaja, aplikasi HondaTouch ini  boleh digunakan oleh bukan pelanggan Honda, di mana mereka akan menerima notifikasi kemaskini, promosi dan acara yang bakal berlangsung.

HondaTouch juga turut menawarkan ciri New Car Pre-Booking, ciri yang membolehkan pelanggan Honda untuk menempah kenderaan baharu dari Honda Malaysia tanpa perlu berkunjung ke pusat pameran.

Aplikasi ini boleh dimuat turun menerusi Apple App Store dan Google Play, dan sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada talian bebas tol Honda Malaysia (1-800-88-2020) atau www.honda.com.my.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sasaran jualan tersebut dibuat berdasarkan ramalan jumlah keseluruhan industri (TIV) berjumlah 600,…