Honda Malaysia panggil kembali 77,708 unit kenderaan untuk penukaran pam bahan api

oleh Mohamad Hanif|
Honda Malaysia hari ini mengumumkan kempen panggil semula melibatkan 77,708 unit kenderaan berjenama Honda untuk membuat penukaran pam bahan api sebagai langkah berjaga-jaga.

Senarai model yang terjejas boleh dirujuk pada jadual di bawah:

 


Kesemua pemilik model yang dimaksudkan itu akan dihubungi sendiri oleh Honda menerusi surat pemberitahuan, namun para pelanggan juga boleh membuat pengesahan sama ada kenderaan mereka tertakluk di bawah kempen panggil semula ini menggunakan aplikasi HondaTouch.

Honda Malaysia juga menyeru pelanggan yang terjejas untuk segera menghubungi mana-mana pusat pengedar Honda yang sah untuk membuat temujanji setelah menerima surat pemberitahuan tersebut.

Honda Malaysia menjamin penukaran pam bahan api itu adalah percuma dan segala kos yang berkaitan akan ditanggung sepenuhnya.

Sehingga hari ini, tiada sebarang insiden kemalangan atau kecederaan yang berpunca daripada isu pam bahan api yang bermasalah di Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, pemilik kenderaan boleh menghubungi talian bebas tol Honda Malaysia di 1-800-88-2020, atau melayari www.honda.com.my / productrecall.honda.com.my atau menggunakan aplikasi HondaTouch.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Tujuan panggil semula dijalankan adalah untuk situasi berikut: 1. Kamera sistem bantuan pemandu…
Berita Domestik
Serentak dengan itu, pihak Honda Malaysia turut mengadakan upacara penyerahan unit HR-V RS e:HEV…
Berita Domestik
Dua warna baharu itu ialah Ignite Red Metallic yang menggantikan Passion Red Pearl, serta Meteoroid…