Honda Malaysia lantik Pengarah Urusan, CEO wanita pertama, Madoka Chujo

oleh Mohamad Hanif|
Honda Malaysia mengalu-alukan kehadiran Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif wanita pertamanya, Madoka Chujo menggantikan peranan yang ditinggalkan oleh CEO terdahulu, Toichi Ishiyama.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Madoka Chujo secara rasmi memulakan perkhidmatan pada 1 April 2021, di mana sebelum ini beliau memegang jawatan sebagai Naib Presiden Unit Jualan dan Pemasaran Honda Kanada semenjak 2019.

Karier beliau di Honda bermula 23 tahun lalu pada tahun 1997, dan semenjak itu beliau banyak memegang jawatan penting di Jepun, China, Sepanyol dan Kanada.

Memberikan komen terhadap tugas baharu di Honda Malaysia, Madoka Chujo berkata, "Malaysia sememangnya satu pasaran yang cukup penting di rantau Asia dan Oceania, di mana Honda Malaysia turut meraih beberapa pencapaian yang signifikan sehingga menjadi pendahulu jenama automotif di Malaysia.

"Saya amat teruja untuk menjalankan tugas sebagai Pengarah Urusan dan CEO Honda Malaysia, dan dalam masa yang sama saya bersemangat untuk meneroka negara Malaysia yang unik dan menjadi lokasi pertemuan pelbagai jenis masyarakat dan budaya, dengan potensi yang besar dan suasana persekitaran kerja yang pantas.

Toichi Ishiyama sebelum ini menyertai Honda Malaysia pada November 2017 dan tigas pertama beliau pada ketika itu adalah mengendalikan pelancaran kereta produksi pacuan roda depan terpantas di dunia, Civic Type R pada tahun 2017 di Malaysia.

Sepanjang tiga tahun menerajui Honda Malaysia, Toichi Ishiyama telah berjaya memimpin Honda Malaysia untuk mencapai jualan sebanyak 900,000 unit pada 2019 selain mengekalkan posisi sebagai jenama bukan nasional nombor satu untuk enam tahun berturut-turut.

Selain daripada itu, Honda Malaysia juga baru-baru ini menyambut pencapaian jualan menghampiri 1 juta unit pada Mac 2021.

Toichi Ishiyama akan berangkat ke Jepun untuk menggalas tugas baharu di dalam Perniagaan Automobil, Divisyen Strategi Perniagaan Honda Motor Co. Ltd.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Namun begitu kami yakin ia mampu dicapai berdasarkan rekod jualan yang baik bagi tahun lalu yang…
Berita Domestik
Pencapaian tersebut menjadikan Honda Malaysia kekal kedudukan nombor satu dalam negara untuk…
Berita Domestik
Sebagai varian yang paling tinggi dalam penawaran SUV CR-V generasi baharu, CR-V e:HEV RS…