Honda Malaysia lancarkan SUV 7-tempat duduk BR-V 2020, harga bermula dari RM89,900

oleh SALINA JALIL|
Honda Malaysia secara rasminya melancarkan Honda BR-V versi 2020 yang telah dipertingkatkan. SUV tujuh tempat duduk ini didatangkan dengan dua varian iaitu varian E yang berharga RM89,900 dan varian V dengan harga RM96,900.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Dari segi luaran, perbezaan yang terlihat tidak terlalu ketara walaupun terdapat beberapa perubahan seperti gril baharu, bampar dengan perincian tambahan di bawah (hanya varian V datang dengan lampu kabus), rim aloi 16-inci baharu dengan tayar 195/60, antena “shark fin” serta bampar belakang dengan pemantul cahaya menegak.

 

front look

 

 

Kelengkapan di bahagian kabin pula, ia didatangkan dengan pencahayaan kabin, penapis kabin, pendingin hawa automatik, sistem tanpa kunci dan butang Push Start  yang standard. Tetapi bagi varian V pula, ia menerima sistem paparan audio tujuh-inci baru, kerusi kulit dengan perincian merah, paddle shifter serta tombol gear kemasan merah.

 

kabin

 

Seperti sebelum ini, Honda BR-V ini diberikan kuasa enjin 1.5-liter SOHC i-VTEC dengan 120 PS, 145 Nm tork dan transmisi CVT. 

 

Dari segi keselamatan ia masih mengekalkan dua beg udara di bahagian hadapan, ABS dengan EBD, dua Isofix di barisan kedua serta tujuh tali keledar tiga-poin.

 

Ia mempunyai ruang kargo berkapasiti 223 liter dan sekiranya kerusi di barisan ketiga dilipatkan keluasan ruang kargo mencecah sehingga 539 liter .

 

rear look


 

audio

 

Honda Malaysia turut memperkenalkan dua kempen bantuan masyarakat. Kempen Be Kind With BR-V,  adalah di mana bagi setiap unit BR-V yang terjual, Honda Malaysia akan menyalurkan sebahagian daripada hasil tersebut ke program bantuan COVID-19.

 

 

Manakala  menerusi kempen ‘Honda Dealer Donation Drive’, pelanggan Honda boleh mengunjungi pengedar terdekat mereka untuk menyumbangkan barang keperluan asas seperti makanan kering atau barangan rumah. Sumbangan yang terkumpul akan dihantar kepada komuniti yang terjejas di kawasan yang terdekat. Kedua-dua kempen ini dijalankan sehingga 31 Ogos 2020.

 

donation drive

 

 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Namun begitu kami yakin ia mampu dicapai berdasarkan rekod jualan yang baik bagi tahun lalu yang…
Berita Domestik
Pencapaian tersebut menjadikan Honda Malaysia kekal kedudukan nombor satu dalam negara untuk…
Berita Domestik
Sebagai varian yang paling tinggi dalam penawaran SUV CR-V generasi baharu, CR-V e:HEV RS…