Honda Malaysia lancar program kenderaan pra-milik

oleh Mohamad Hanif|
Honda Malaysia meluaskan lagi penawaran kenderaan di Malaysia dengan melancarkan program kenderaan pra-milik Honda Certified Used Car (HCUC).
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Dengan adanya program ini, ia membolehkan rakyat Malaysia untuk mendapatkan kenderaan pra-milik Honda menerusi platform yang lebih mudah diakses dan dipercayai.

Program HCUC ini boleh didapati menerusi enam buah pengedar seperti berikut:

  • MJN Motors Sdn Bhd (Selangor)
  • Tiong Nam Motor (M) Sdn Bhd (Selangor)
  • Kah Motor Co. Sdn Bhd (Pulau Pinang)
  • Kah Motor Co. Sdn Bhd (Johor)
  • Yong Ming Motor Sdn Bhd (Johor)
  • Chuan Thye Motor Sdn Bhd (Pahang)

Untuk tempoh terdekat, Honda akan turut mengembangkan lagi perniagaan HCUC bagi memenuhi permintaan terhadap kenderaan terpakai yang semakin meningkat di Malaysia.

Setiap kenderaan di bawah HCUC dijamin berusia lima tahun dan ke bawah, serta jarak perbatuan yang tidak melebihi 100,000 km dan ke bawah.

 

gambar sekadar hiasan


Malah, Honda Malaysia memastikan setiap kenderaan HCUC telah menjalani pemeriksaan menyeluruh 288 mata yang dibuat sendiri oleh pegawai pemeriksa yang bertauliah, merangkumi enjin, transmisi, fungsi kenderaan, bahagian bawah badan, serta kondisi luar dan dalam kenderaan.

Ini adalah untuk memastikan setiap pelanggan HCUC boleh membawa pulang kereta Honda dengan minda yang tenang, di mana setiap kenderaan dilengkapi dengan alat ganti sah dan bebas daripada sebarang kerosakan akibat kemalangan dan juga banjir.

Pelanggan yang membeli kenderaan di bawah program HCUC boleh mendapatkan lanjutan jaminan selama satu tahun ke atas jaminan kenderan sedia ada, bergantung kepada terma dan syarat.

Proses pendaftaran kenderaan akan dibuat oleh pengedar sah HCUC, namun pelanggan boleh mendapatkan khidmat servis yang ditawarkan oleh jaringan pusat servis Honda di seluruh negara.

Berita Berkenaan

Berita Global
N-VAN sudah pun ditawarkan di Jepun sebelum ini dan walaupun ditukar kepada EV masih mengekalkan…
Berita Global
Honda dilapor bakal memperlihatkan sehingga lima buah model konsep untuk acara berprestij tersebut…
Berita Global
Kehadiran kedua-dua model itu dilihat berjaya menghasilkan revolusi baharu untuk kelas motosikal…