Honda Malaysia lancar Odyssey 2022 facelift, unit CBU, harga dari RM275k

oleh Mohamad Hanif|
Honda Malaysia hari ini secara rasmi mengumumkan ketibaan model MPV yang diimport sepenuhnya dari Jepun, iaitu Honda Odyssey 2022.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dari segi penampilan, Odyssey 2022 membawakan rekaan gril hadapan baharu, unit lampu depan LED, serta rekaan bampar yang diperbaharui untuk penampilan yang lebih elegan.

Selain daripada itu, MPV tujuh tempat duduk ini membawakan rekaan lampu belakang yang telah diperbaharui, bampar belakang baharu, rim bersaiz 17 inci, serta lampu membelok jenis sekuential.

Ruang kabin pula menempatkan skrin paparan TFT bersaiz tujuh inci, skrin Display Audio bersaiz lapan inci, sokongan Apple CarPlay dan Android Auto, upholsteri kulit, serta kerusi kapten dan Ottoman di baris kedua.
 

Odyssey


Untuk kemudahan, pintu belakang kini beroperasi bebas tangan dan boleh dibuka dengan hanya melakukan pergerakan kaki sahaja.

Ciri keselamatan yang dimuatkan pada Odyssey CBU ini termasuklah Honda SENSING yang merangkumi:

  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
  • Sistem Brek Mitigasi Pelanggaran (CMBS)
  • Amaran Pelanggaran Hadapan (FCW)
  • Sistem Bantuan Pengekalan Lorong (LKAS)
  • Mitigasi Keluar Jalan (RDM)
  • Amaran Keluar Lorong (LDW)
  • Bantuan Suluhan Tinggi Automatik (AHB)

Selain itu, Odyssey 2022 ini turut didatangkan dengan sistem kamera berbilang paparan dengan bantuan parkir pintar, informasi titik buta dan sistem pemantauan lintasan trafik.

Terdapat dalam tiga warna (Platinum White Pearl, Premium Tinkle Black Pearl dan Super Platinum Metallic), harga jualan bermula dari RM275,211.00.