Honda Malaysia kembali jual Civic - harga kekal tidak berubah, bermula dari RM109 ribu

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Salah satu sedan paling popular di Malaysia, Honda Civic FC didapati dibekukan seketika daripada penjualan kepada umum awal tahun yang lalu. 

Menurut sumber, Honda Malaysia tidak dapat menjual model sedan tersebut berikutan insentif yang sudah tamat tempoh hujung tahun lalu.

Setelah beberapa bulan tanpa sebarang khabar berita, Honda Malaysia akhirnya mengumumkan harga jualan Honda Civic yang masih kekal tanpa sebarang perubahan. 
 


Harga jualan Honda Civic bermula dari RM108,165.00 untuk varian 1.8 S manakala versi enjin 1.5 turbo pula masing-masing bermula dari RM120,885.00 dan RM128,631.00.

Kedua-dua versi enjin didatangkan dengan transmisi CVT serta ciri keselamatan seperti enam buah beg udara, Bantuan Mula Mendaki, Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA), serta cagak ISOFIX. 

Sumber: Automachi