Honda Malaysia kekal No.1 segmen bukan nasional enam tahun berturut-turut, City paling laku!

oleh Mohamad Hanif|
Honda Malaysia hari ini mengumumkan pencapaian jualan berjumlah 60,469 unit untuk tahun 2020, sekaligus mengekalkan kedudukan di tempat pertama di dalam segmen bukan nasional untuk enam tahun berturut-turut.
Modenas

Pencapaian ini disumbangkan oleh model City yang merekodkan jualan sebanyak 34 peratus, diikuti Civic (20%) dan HR-V (17%).

Sementara itu, Honda City serba baharu telah berjaya merekodkan jualan bulanan tertinggi di dalam sejarah, iaitu sebanyak 5,500 unit untuk bulan Disember 2020.

Dilancarkan secara rasmi pada Oktober 2020, City baharu menerima respon yang cukup menggalakkan, dengan 15,200 unit tempahan dicatatkan sehingga kini.

Honda Malaysia telah berjaya mengedarkan hampir 10,800 unit City baharu kepada pelanggan di seluruh Malaysia untuk tempoh antara Oktober hingga Disember 2020.

 


Daripada tiga varian yang ditawarkan, varian V muncul sebagai model yang paling popular dengan penguasaan 52 peratus daripada jumlah jualan, sementara permintaan tertinggi pual datangnya daripada kawasan Sentral Semenanjung Malaysia (48 peratus), diikuti Selatan (19 peratus) dan Utara (18 peratus).

Warna Platinum White Pearl merupakan warna pilihan yang paling popular, merangkumi 26 peratus daripada jumlah jualan City generasi baharu.

Menurut Pengarah Urusan dan CEO Honda Malaysia, Toichi Ishiyama berkata, "tahun 2020 mungkin merupakan tahun yang agak mencabar, namun kami berjaya mengekalkan kedudukan nombor satu di dalam segmen Bukan Nasional untuk enam tahun berturut-turut.

"Bagi pihak Honda Malaysia, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada para pelanggan kami atas sokongan dan kepercayaan terhadap jenama Honda, membenarkan kami untuk memberikan 3 Joys of Honda iaitu Joy of Buying, Joy of Selling and Joy of Creating.

 

Add new comment

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Malah siaran akhbar itu menekankan sektor automotif tidak dibenarkan untuk melakukan sebarang…
Berita Domestik
Kesemua varian kini mendapat skrtin infotainmen 7 inci Display Audio yang menyokong sambungan…
Berita Domestik
  Menerusi platform ini, pelanggan kini boleh membuat pra-tempahan bagi model pilihan mereka…