Honda Malaysia hulur sumbangan laptop, bantuan banjir kepada yang memerlukan

oleh Mohamad Hanif|
Melihatkan kepada kesukaran yang dialami oleh rakyat Malaysia ketika menghadapi pandemik COVID-19 dan bencana banjir, Honda Malaysia baru-baru ini mengedarkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Antara barang yang dihantar termasuklah bantuan banjir kepada mangsa bencana di Pahang, serta bantuan pelitup muka untuk kegunaan sekolah-sekolah.

Selain daripada itu, Honda Malaysia juga turut menyumbang bantuan laptop untuk diedarkan kepada empat buah sekolah menengah di Melaka, khususnya untuk kegunaan para pelajar yang datang dari keluarga berpendapatan rendah dan tidak memiliki peranti khusus untuk kelas PdPR.

 

 


Menurut Toichi Ishiyama, Pengarah Urusan dan CEO Honda Malaysia menjelaskan, "wabak COVID-19 merupakan antara cabaran besar buat para pelajar untuk mengikuti pelajaran mereka, terutama bagi mereka yang datang dari keluarga berpendapatan rendah.

"Dengan norma baharu yang terpaksa dihadapi, para pelajar tidak mempunyai pilihan selain terpaksa mengikuti kelas dalam talian, dan peranti seperti komputer menjadi satu keperluan. Ini menjadikan pelajar yang tidak berkemampuan terjejas kerana mempunyai akses yang terhad kepada peranti-peranti moden.

"Kami berharap dengan bantuan ini para pelajar mempunyai persekitaran pembelajaran yang lebih baik, dan lebih bermotivasi untuk meneruskan pelajaran.

Selain daripada itu, Honda Malaysia juga turut menyumbangkan bantuan berupa 1,000 unit pelindung muka untuk kegunaan petugas baris hadapan di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, serta bantuan banjir kepada 500 orang keluarga di Pekan, Pahang.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Namun begitu kami yakin ia mampu dicapai berdasarkan rekod jualan yang baik bagi tahun lalu yang…
Berita Domestik
Pencapaian tersebut menjadikan Honda Malaysia kekal kedudukan nombor satu dalam negara untuk…
Berita Domestik
Sebagai varian yang paling tinggi dalam penawaran SUV CR-V generasi baharu, CR-V e:HEV RS…