Honda Malaysia dedah teaser pengganti Jazz, Honda City Hatchback!

oleh Mohamad Hanif|
Honda Malaysia membuat kejutan hari ini dengan memperlihatkan secara rasmi teaser bagi model terbaharu Honda City Hatchback untuk pasaran Malaysia.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024

Tiada sebarang pelekat samaran, teaser itu diperlihatkan dengan lebih terperinci rupa sebenar model hatchback yang bakal menggantikan peranan Honda Jazz.

 


Berdasarkan video ringkas tersebut, City Hatchback bakal ditawarkan dalam beberapa varian termasuklah varian RS e:HEV berdasarkan logo yang terpampang pada bahagian belakang, dan tidak ketinggalan versi bukan hibrid yang hadir dengan enjin 1.5 liter.

Dilancarkan secara rasmi di peringkat global pada penghujung tahun yang lalu, Honda City Hatchback merupakan kembar kepada sedan City generasi kelima dengan membawakan penggayaan yang hampir serupa.
 

City RS


Di Thailand, ia didatangkan dengan nadi tiga silinder sebaris 1.0 liter turbo yang mampu menghasilkan 122 PS/173 Nm, sementara versi RS e:HEV pula mendapat nadi hibrid i-MMD 1.5 liter yang sama seperti model City RS e:HEV sedan di pasaran kita.

Sementara di pasaran Indonesia pula, City Hatchback RS didatangkan dengan nadi 1.5 liter DOHC yang mampu menjana 121 PS dan 145 Nm, dan mendapat pilihan transmisi manual enam nisbah kelajuan atau CVT.

Baca: Honda City Hatchback 2021 - pengganti Jazz
Baca: Honda City 2021: Nak pilih sedan atau hatchback?
Baca: Honda City Sedan & HB lawan Yaris, Jazz

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Bagi meraikan kegembiraan berganda itu, syarikat menganjurkan majlis penyerahan kereta khas di…
Informasi
Pakej HiP dipertingkatkan ini menawarkan gabungan tiga faedah yang dipertingkatkan termasuk menunda…
Pelancaran Motosikal
Honda ADV350 dinadikan dengan enjin 4 lejang bersasaran 330cc, satu silinder, penyejuk cecair SOHC…