Honda Malaysia dan Kah Motor buka pusat 4S terbesar

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Honda Malaysia dan Kah Motor Co. Sdn. Bhd. telah membuka sebuah pusat Honda 4S Centre terbesar di Malaysia, yang terletak di Tebrau, Johor Bahru. 03 Honda Malaysia President and COO Encik Roslan Abdullah (3rd from left) enjoying a moment of conversation with Honda Malaysia Group Vice President Akkbar Danial and Kah Motor CEO Dato' Lim Tiong Boon Sejumlah RM40 juta telah dilaburkan untuk membina pusat 4S ini, yang mempunyai kawasan seluas 142,389 kaki persegi. Ia merangkumi kos tanah, bangunan, kelengkapan dan perabut. Terdapat sebanyak 37 ruang perkhidmatan servis yang dikatakan mampu melakukan perkhidmatan servis pada sehingga 36,000 unit kenderaan setahun. Untuk keselesaan pelanggan, pusat Honda 4S Centre ini mempunyai ruang Customer Lounge, Café Counter dan juga Executive Lounge. Semuanya dilengkapkan dengan perkhidmatan Wi-Fi percuma. Juga tersedia ialah sebuah Surau dan tempat untuk kanak-kanak atau Kid’s Corner. “Pada tahun 2016, bahagian Selatan Semenanjung iaitu Johor, Melaka dan Negeri Sembilan, telah menyumbang 20% dari jumlah jualan keseluruhan Honda Malaysia, iaitu sebanyak 18,600 unit kenderaan. Johor sahaja merangkumi 70% dari jumlah itu,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Roslan Abdullah. 02 Commemorative photo of VIPs from Honda Malaysia, Oriental Holdings Berhad and Kah Motor at the opening of Kah Motor Honda 4S Centre in Tebrau Menurut Roslan lagi, dari segi servis kenderaan, Johor merekodkan sebanyak 128,000 unit dalam tahun 2016, mencatatkan kenaikan sebanyak 15% dari tahun 2015. Majlis pembukaan pusat ini juga bersempena dengan 60 tahun kerjasama Kah Motor dengan Honda, dimana Tan Sri Loh Boon Siew pertama kali bertemu dengan pengasas Honda, Soichiro Honda.