Honda Malaysia buka tempahan CR-V facelift, pelancaran suku keempat tahun ini (Q4 2020)

oleh Mohamad Hanif|
Honda Malaysia hari ini membuka tempahan bagi model SUV facelift, Honda CR-V di kesemua 101 buah pusat pameran Honda di seluruh Malaysia, mendahului pelancaran rasminya yang dijadualkan pada suku keempat tahun ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Semenjak pelancarannya pada tahun 2017, Honda CR-V generasi kelima mencatatkan penjualan melebihi 36,000 unit, dengan penguasaan 19 peratus di dalam segmen SUV bukan nasional.

Antara perubahan yang dibawakan pada SUV CR-V ini adalah gril hadapan berwarna hitam dikombinasikan dengan lampu LED signatur Honda, bumper hadapan baharu dengan elemen sayap krom, serta kemasan krom hitam dan lampu belakang dengan efek asap serba baharu.

 


Menambahkan seri SUV CR-V ini adalah set rim dua tona bersaiz 18 inci dengan rekaan baharu, serta ciri moden Handsfree Power Tailgate yang boleh diaktifkan dengan pergerakan kaki di bawah bumper.

Honda CR-V dikuasakan oleh enjin 1.5 liter VTEC Turbocharged yang menghasilkan 193 PS dan 243 Nm, sementara varian pacuan semua roda pula mengekalkan prestasi dinamik 4WD dengan Intelligent Control System yang menghantar daya kilas tanpa sela masa bagi memastikan kawalan cengkaman yang lebih baik.

Honda CR-V turut tersedia dengan ciri Honda SENSING terdiri daripada lapan komponen iaitu:

  • Adaptive Cruise Control
  • Low-Speed Follow
  • Forward Collision Warning
  • Collision Mitigation Braking System
  • Lane Departure Warning
  • Road Departure Mitigation
  • Lane Keeping Assist System
  • Auto High Beam

Selain daripada itu, ciri Honda LaneWatch kini merupakan ciri keselamatan standard yang direka untuk meningkatkan kadar tumpuan pemandu terhadap titik buta, menampilkan kamera yang dipasang pada cermin sisi sebelah kiri bagi memaparkan imej ketika sedang menukar laluan atau membelok.

Berita Berkenaan

Telah Diuji
Siapa yang tidak kenal dengan SUV Honda CRV yang merupakan SUV terbesar dalam kalangan keluarga SUV…
Telah Diuji
Varian tertinggi terbaharu ini merupakan gabungan trenkuasa hibrid antara petrol dan motor elektrik…
Berita Global
Namun, bagi mereka yang memiliki pandangan yang tajam boleh membezakannya dengan melihat struktur…