Honda mahu pecah rekod jentera terpantas di dunia menggunakan mesin pemotong rumput (lagi..)

oleh Mohamad Hanif|
Honda nampaknya tidak mahu berdiam diri setelah meraih kejayaan menerusi jentera hot hatch mereka Honda Civic Type-R menawan litar-litar terkemuka.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kali ini, mereka menggunakan sebuah lagi jentera  bagi merebut gelaran jentera terpantas di dunia, iaitu sebuah mesin pemotong rumput HF2622 Lawn Tractor.


Diberi nama sebagai Mean Mower, mesin pemotong rumput daripada Honda ini didakwa mempunyai kuasa lebih daripada 190 bhp bagi melaksanakan tugas memotong rumput dengan lebih pantas, maaf, untuk mengalahkan rekod kelajuan terpantas Mean Mower original iaitu 187.6 km/j pada tahun 2014.

Malah, mereka juga berazam untuk mengalahkan rekod terpantas yang dicapai oleh traktor Viking yang dipandu selaju 215 km/j pada tahun 2015.

Menggunakan enjin daripada motosikal Fireblade berkapasiti 999cc, ia berupaya menghasilkan sejumlah 189 bhp pada kelajuan enjin mencecah 13,000 rpm.

 


Hasil gabungan enjin dan berat keseluruhan kereta termasuklah pemandu, ia mampu menghasilkan nisbah kuasa kepada berat di dalam lingkungan 1000 bhp per tan. 

Jentera pantas ini menurut Honda tidak mempunyai sebarang sistem suspensi memandangkan ia sebenarnya merupakan sebuah mesin rumput yang bukan direka untuk membawa teman wanita berjalan-jalan walaupun ia memakai lencana Honda. 

Bagi membantu jentera pantas ini berhenti dengan berkesan, Honda telah menggunakan sistem brek Kelgate empat piston di hadapan dan enam piston di belakang. 

Honda bakal menggunakan khidmat daripada Jess Hawkins, seorang pelumba go-kart yang kini bekerja sebagai pemandu aksi bahaya di dalam Fast & Furious Live Show. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Sebelum ini, mesin potong rumput di sana boleh menjadi sebesar traktor mini yang dipandu oleh…
Berita Global
Namun, baru-baru ini katalog Mansory menerima satu produk baharu, mesin pemotong rumput! Ia…
Berita Global
Honda Australia kini menyambut ulang tahun penempatan mereka yang ke-50 dan bagi meraikan…