Honda mahu lancar 30 EV, ada dua buah kereta sport!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Honda Flagship
Honda Flagship
Di peringkat global pengeluar kereta sedang rancak memperkenalkan model kenderaan elektrik masing-masing.

Bukan setakat sebuah, ada pengeluar yang memperkenalkan siri atau keluarga EV yang merangkumi pelbagai segmen di dalamnya.

Pasaran tempatan turut terkena tempias dengan pelbagai pelancaran EV baharu kebelakangan ini.

Honda dilihat kurang agresif dalam memperkenalkan EV namun sudah pun mempunyai modelnya yang tersendiri seperti e di Eropah, e:NS1 dan e:NP1 di China.

Walaupun tidak tersenarai, pengguna tempatan boleh mendapatkan Honda e melalui pengimport bebas.

Selain itu, Honda juga menjalinkan kerjasama dengan GM bagi menghasilkan dua buah EV.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Honda Specialty dan Honda Flagship
Honda Specialty dan Honda Flagship

 

Pada 12 April Honda mengumumkan satu rancangan besar dalam bidang elektrifikasi dengan pengenalan pelbagai model menjelang tahun 2030.

Berapa banyak EV yang mahu dikeluarkan? 30 buah dengan barisan penuh daripada EV mini untuk kegunaan komersial sehingga model andalan.

Honda merancang untuk mengeluarkan lebih dua juta unit EV setahun.

Daripada 30 buah model tersebut, Honda turut mengesahkan dua model sport akan dikeluarkan.

Sebagai sebuah jenama yang berkait rapat dengan perlumbaan, model sebegini wajib ditawarkan.

 

Honda Specialty

 

Honda belum memperincikan butiran model tersebut kecuali ianya bakal dipasarkan di peringkat global. 

Satu daripadanya model khas dan sebuah lagi model andalan. Turut disertakan dua model yang ditutup dengan selimut.

Mungkinkah ianya pengganti NSX? Kedua-duanya dalam bentuk coupe dan bukan hatchback seperti Civic Type R.

Dari segi kedudukan, Honda bukan pengeluar kereta nombor satu di dunia tetapi pengeluar unit berkuasa terbesar di dunia dengan jumlah jualan kira-kira 30 juta unit setahun!

Produk mobiliti Honda merangkumi motosikal, kereta, produk berkuasa (penjana dll), enjin bot dan pesawat.

Honda mensasarkan untuk mencapai karbon neutral bagi kesemua produk dan aktiviti korporat pada tahun 2050.

 

Honda EV

 

Untuk tempoh sepuluh tahun akan datang, Honda bakal memperuntukkan sekitar 5 trilion yen (RM168 bilion) dalam bidang elektrifikasi dan teknologi perisian bagi mempercepatkan lagi program elektrifikasi.

Peruntukan itu merangkumi perbelanjaan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan pelaburan berasingan yang ingin dibuat.

Perbelanjaan R&D Honda untuk tempoh tersebut adalah sekitar 8 trilion yen (RM269 bilion).

Honda juga akan menumpukan perhatian terhadap pengeluaran bateri keadaan pepejal (all-solid-state batteries) yang dikatakan mampu mengubah landskap EV.

Bateri itu boleh dicas lebih pantas, menyimpan lebih banyak tenaga dan lebih selamat berbanding bateri cecair lithium-ion.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Honda EV

 

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
Kemenangan pada tahun ini merupakan tahun kelima berturut-turut produk Honda memenangi anugerah Red…
Berita Global
  Ye Series juga menjadi jawapan kepada yang bertanya di mana EV Honda. Masih awal, belum…
Berita Global
  Nampaknya trend penurunan harga kenderaan elektrik (EV) bukan lagi terpencil. Semasa…