Honda mahu cabar Lamborghini Urus dengan NSX-SUV!

oleh HEZERI SAMSURI|
Jualan supercar Honda, NSX nampaknya tidak begitu membanggakan.

Honda sudah mula menarik keluar model itu dari dijual di beberapa pasaran seperti Australia tetapi nampaknya, ia bakal diganti dengan sebuah SUV yang dibina menggunakan platform dan teknologi dari NSX.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Super SUV ini idkatakan akan menggunakan enjin 3.5L twin-turbo V6 yang akan dipasang pada hadapan SUV itu, dan lengkap dengan motor-motor elektrik untuk menjadikan ia sebuah AWD.

Walaupun projek ini masih baharu, ia dijangka akan muncul menjelang 2025. 

Jika difikirkan, kejayaan Urus menjadikan satu kes menarik untuk jenama lain menghasilkan produk yang sama.

Malah, SUV-SUV keluaran jenama-jenama eksotik seperti Porsche, Bentley, Maserati, Aston Martin dan Rolls-Royce membuktikan SUV memang lebih laku.

Untuk mereka yang kaki kereta dan bencikan SUV, jangan melatah. Duit dari jualan SUV itulah yang akan membina jentera-jentera supercar eksotik akan datang.

* Laporan penuh di Car Advice.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kemenangan pada tahun ini merupakan tahun kelima berturut-turut produk Honda memenangi anugerah Red…
Berita Global
  Ye Series juga menjadi jawapan kepada yang bertanya di mana EV Honda. Masih awal, belum…
Berita Global
  Nampaknya trend penurunan harga kenderaan elektrik (EV) bukan lagi terpencil. Semasa…