Honda lancar stesen penukaran bateri Power Pack Exchanger e: di Jepun

oleh Mohamad Hanif|
Honda baru-baru ini melancarkan sistem stesen pengecasan dan penukaran bateri baharu yang digelar sebagai Honda Power Pack Exchanger e:, direka untuk sistem bateri mudah alih Mobile Power Pack (MPP e:) yang telah diperkenalkan pada tahun 2021.
MINI MREC Banner Campaign February 2025 - Week 2

Stesen penukaran bateri HPPEe: yang pertama itu boleh didapati di Tokyo Metropolitan Government bagi menggalakkan penggunaan motosikal elektrik di bandar besar tersebut.
 

HPPEe:


Setiap satu mesin itu mempunyai 12 slot dengan sudut kemasukan pek bateri yang sengaja direka serong untuk memudahkan urusan penukaran bateri dibuat.

Pengguna hanya perlu memasukkan bateri yang terpakai, dan mesin itu akan memulakan proses pengecasan secara automatik.
 

HPPEe:


Proses penukaran bateri pula boleh dilakukan dengan selamat menggunakan kad khas yang perlu disentuh pada panel paparan, sebelum pengguna dibenarkan untuk mengambil bateri baharu yang sudah dicas penuh.

Honda juga turut membuka peluang kepada mana-mana pengendali perniagaan untuk memasang stesen HPPEe: di lokasi perniagaan mereka.
 

HPPEe:


Rekaan mesin HPPEe: yang mudah dicantumkan seperti binaan Lego, membolehkan dua atau tiga mesin HPPEe: boleh disambungkan dengan mudah untuk membentuk satu stesen penukaran bateri mega yang mampu memenuhi keperluan bilangan pengguna yang lebih besar.

Setakat ini, Honda hanya menawarkan stesen Power Pack Exchanger e: ini mengikut spesifikasi kuasa untuk negara Jepun dan India sahaja, dan berkemungkinan besar ia akan diperluaskan ke pasaran lain dalam masa terdekat.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Accord e:HEV Honda SENSING 360+  Keistimewaan sistem terbaru ini terletak pada cerapan semua…
Berita Global
  Honda WR-V Z+ Special Edition Black Style   Dibawa dari India dan diperkenal pada November…
Berita Global
  Terbaru Honda memperkenal CBR250RR 2025 untuk pasaran Jepun. Model 2025 hanya melibatkan warna…