Honda lancar sebuah lagi HR-V 2023 untuk pasaran China

oleh Mohamad Hanif|
Honda sebelum ini telah melancarkan crossover ZR-V untuk pasaran China di mana ia secara asasnya merupakan kembar kepada HR-V spesifikasi Amerika Syarikat.

Tidak cukup dengan satu SUV, Honda baru-baru ini melancarkan sebuah lagi model baharu menerusi kerjasama Dongfeng Honda, kali ini menggunakan nama HR-V untuk membezakannya dengan model yang dilancarkan oleh kerjasama Guangqi Honda.
 

HR-V


Dari segi rekaan, ia adalah menyamai apa yang ditawarkan oleh Honda ZR-V, namun boleh dibezakan dengan rekaan lampu hadapan dan belakang yang menampilkan jalur LED melintang pada kiri dan kanan logo H.

Selain itu, Honda HR-V 2023 ini membawakan struktur jeriji yang berbeza, diikuti dengan kemasan hitam pada sesetengah tempat dan tip ekzos berkembar dengan reka bentuk trapezoid.

Grafik jalur LED depan dan belakang model itu juga adalah sedikit berbeza jika dibandingkan dengan model HR-V pasaran Amerika Syarikat.
 

HR-V


Tiada perincian berkenaan penawaran trenkuasa diumumkan, namun besar kemungkinan ia bakal menampilkan pilihan enjin hibrid berdasarkan lencana e:HEV yang terpampang pada model tersebut.

Sebagai makluman, Honda juga turut menawarkan Honda HR-V dengan nama XR-V dan Vezel, serta versi kenderaan elektrik bateri (BEV) yang menggunakan nama e:NS1 dan e:NP1 yang masing-masing dihasilkan oleh Dongfeng Honda dan Guangqi Honda.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  "Kita telah menerima laporan daripada kedua-dua pihak yang terlibat dalam kemalangan itu. Kes…
Berita Global
Lebih dikenali dengan nama HR-V untuk pasaran Amerika Syarikat, ZR-V 2023 JDM boleh didapati dengan…
Telah Diuji
Varian yang diuji sudah pasti tidak lain dan tidak bukan varian kedua tertinggi HR-V 1.5T V yang…