Honda lancar program bateri boleh tukar untuk beca elektrik di India, bermula tahun depan

oleh Mohamad Hanif|
Honda Motor Co. Ltd hari ini mengumumkan perancangan untuk memulakan perkhidmatan penukaran/perkongsian bateri untuk teksi elektrik di India.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Sistem bateri mudah alih dan boleh ditukar ganti yang dinamakan sebagai Honda Mobile Power Pack e: (MPP e:) itu boleh didapati bermula separuh pertama tahun 2022.

Sebelum ini, Honda telah pun mengadakan ujian perintis di India pada Februari 2021 melibatkan 30 unit teksi elektrik dengan jumlah jarak melebihi 200,000 km.

Menerusi ujian ini, Honda dapat mengenalpasti masalah yang perlu diatasi sebelum meluaskan program ini pada masa akan datang.

Di India sahaja, terdapat lebih daripada lapan juta unit teksi beroda tiga (rickshaw) yang menjadi nadi pengangkutan utama untuk rakyat di sana, dan ia kekal menjadi satu cabaran utama dalam melaksakan proses elektrifikasi untuk mod pengangkutan tersebut.

Dengan pengenalan sistem sebegini, ia dilihat mampu untuk mengatasi masalah jarak operasi yang dekat, masa pengecasan yang agak lama dan kos bateri yang masih tinggi.
 

beca


Honda akan menubuhkan sebuah syarikat subsidiari lokal di India untuk mengendalikan perniagaan perkhidmatan perkongsian bateri ini, di mana syarikat itu akan memasang sejumlah stesen penukaran bateri Honda Mobile Power Pack Exchanger e: di dalam bandar.

Honda juga akan bekerjasama dengan pengeluar beca elektrik serta memulakan perkhidmatan ini di bandar-bandar besar terpilih sebelum meluaskannya secara berperingkat.

Spesifikasi bateri:
Dimensi: 298 mm x 177.3 mm x 156.3 mm
Jenis: Bateri Lithium-ion
Kapasiti: 26.1 Ah/1,3414 Wh
Berat: 10.3 kg
Masa pengecasan: 5 jam

Berita Berkenaan

Berita Global
Kemenangan pada tahun ini merupakan tahun kelima berturut-turut produk Honda memenangi anugerah Red…
Berita Global
  Ye Series juga menjadi jawapan kepada yang bertanya di mana EV Honda. Masih awal, belum…
Berita Global
  Nampaknya trend penurunan harga kenderaan elektrik (EV) bukan lagi terpencil. Semasa…