Honda lancar C125 Super Cub, Monkey di Eropah - kini patuh Euro5

oleh Mohamad Hanif|
Honda Eropah baru-baru ini melancarkan secara rasmi kemaskini terhadap dua buah model iaitu Honda C125 Super Cub 2022 dan Honda Monkey 125 2022 yang kini mematuhi piawaian emisi Euro5.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Apa yang dilakukan oleh Honda adalah mendatangkan enjin baharu 125 cc silinder tunggal sejukan udara yang kini berupaya menghasilkan 9.2 hp dan 11 Nm.

Ia dibantu dengan sistem kemasukan yang dinaiktaraf, sistem ekzos baharu, serta pemetaan ECU baharu bagi memastikan ia mematuhi peraturan emisi Euro5, serta membolehkan penggunaan bahan api serendah 1.5 liter untuk setiap 100 km.

 


Perubahan besar yang dibawakan pada Honda C125 Super Cub adalah penambahan pelana untuk kegunaan penumpang yang dibaluti bahan berwarna merah, diikuti dengan warna baharu Mat Axis Grey Metallic.

Disebabkan C125 Super Cub kini boleh membawa pembonceng, sistem suspensi telah ditala semula untuk lebih keselesaan, selain penambahan tempat pemijak di bahagian belakang.

 


Sementara Honda Monkey 125 pula mampu membenarkan jarak tunggangan sehingga 370 km, terima kasih kepada tangki bahan api sebesar 5.6 liter, serta penggunaan sistem transmisi lima kelajuan serba baharu.

Aspek tunggangan ditambahbaik dengan sistem penyerap hentakan berkembar dua peringkat serba baharu, terutama ketika tunggangan atas jalan yang tidak rata.

Akhir sekali, Honda Monkey 125 boleh didapati dalam warna Pearl Glittering Blue.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Antara ciri unik yang didatangkan adalah sistem pencahayaan lampu utama LED yang telah direka…
Berita Global
EV kedua itu bakal menjadi salah sebuah daripada empat model baharu yang bakal diperkenalkan dalam…