Honda kemaskini CBR650F dan CB650F - tambahan kuasa, lampu LED, fork Showa, brek Nissin

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Boon Siew Honda (BSH) kini menawarkan pembaharuan untuk dua model popular mereka, CBR650F dan CB650F.

Keduanya menggunakan enjin 649 cc sejukan cecair 4-inline yang sama tetapi kini menghasilkan 89.8 hp pada 11,000 rpm. Ada sedikit peningkatan kuasa berbanding dengan varian sebelum ini dan ia dilakukan dengan menambahbaik sistem kemasukan dan juga ekzos baharu dengan peredam yang lebih pendek.

Selain dari itu, fork hadapan serba baharu lengkap dengan teknologi Showa Dual Bending Valve (SDBV) dan kaliper brek jenama Nissin yang lebih menggigit.

 

cb650f light

 

Lampu depan belakang juga ditukar kepada jenis LED dan ia nampak jauh lebih mantap dari pesaingnya.

Kedua-dua model ini boleh didapati di semua pengedar Honda Dreams mulai 1 Ogos 2017.

Di bawah ialah harga untuk keduanya:

 

cb price

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan 2017 CBR650F dan CB650F Baharu ini, sila layari laman Facebook BSH: www.facebook.com/HondaMotorcyclesMalaysiaBoonSiewHonda atau hubungi talian percuma 1800-88-3993 (Isnin ke Jummaat, 8pg hingga 5ptg. Tidak termasuk cuti umum).

 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Nikkei Asia, Nissan mahu bergerak ke arah penghasilan tren kuasa umum untuk EV,…
Berita Global
  Jarak roda juga sama iaitu 2,830 mm. Dari sisi, Accord nampak begitu panjang dan disumbang oleh…
Berita Global
Honda CRF1100L Africa Twin Adventure Sports ES DCT   Honda menukar kawalan DCT pada julat…