Honda kekal nombor 1 dalam segmen kereta penumpang bukan nasional tahun 2022

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Honda Malaysia hari ini telah mengumumkan bahawa syarikat itu telah berjaya mencapai target jualan dengan 80,200 unit kereta pada tahun 2022, peningkatan sebanyak 51% berbanding jualan pada tahun 2021.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Pencapaian itu membolehkan Honda kekal di kedudukan nombor 1 dalam segmen kereta penumpang bukan nasional di Malaysia untuk 9 tahun berturut-turut semenjak tahun 2014.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura berkata, “2022 merupakan tahun mencabar dengan kekurangan cip global dan bencana banjir yang telah menjejaskan pengeluaran kereta kami."

 

city

 

"Dengan Semangat Mencabar, Honda Malaysia beralih ke gear yang lebih tinggi pada 2022 dan melepasi sasaran jualan kami dengan sokongan padu daripada semua pihak berkepentingan."

"Kami ingin menyatakan rasa terima kasih kami kepada semua pelanggan dan pengedar kami kerana tidak berbelah bahagi memberi sokongan terhadap jenama Honda, serta Kerajaan Malaysia untuk lanjutan pengecualian cukai jualan."

"Honda Malaysia menghargai pelanggan kami, dan akan terus berusaha untuk meningkatkan kepuasan pelanggan. Kami bekerjasama rapat dengan pembekal dan pengedar bagi memastikan penghantaran tepat pada masanya untuk pelanggan, terutamanya mereka yang menempah kereta mereka semasa tempoh pengecualian cukai jualan.”

 

civic

 

Prestasi jualan Honda pada tahun 2022 telah dibantu oleh pelancaran Civic pada bulan Januari, diikuti dengan pelancaran HR-V pada bulan Julai yang meningkatkan saingan dalam segmen SUV kompak, dan pelancaran Civic e:HEV RS pada bulan November yang mendapat sambutan menggalakkan.

Antara 3 model utama yang menyumbang kepada jualan Honda pada tahun 2022 ialah sebuah sedan segmen B iaitu City menyumbang sebanyak 36% dalam jualan, diikuti model City Hatchback dan HR-V dimana masing-masing menyumbang 20% dan 14% dalam jualan.

Honda Malaysia berkata syarikat itu akan terus menyediakan kualiti terbaik dari segi penawaran produknya serta perkhidmatan jualan dan selepas jualan untuk pelanggan bagi tahun 2023.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Namun begitu kami yakin ia mampu dicapai berdasarkan rekod jualan yang baik bagi tahun lalu yang…
Berita Domestik
Pencapaian tersebut menjadikan Honda Malaysia kekal kedudukan nombor satu dalam negara untuk…
Berita Domestik
Sebagai varian yang paling tinggi dalam penawaran SUV CR-V generasi baharu, CR-V e:HEV RS…