Honda Jepun sedia aksesori menarik untuk Civic Hatchback

oleh Mohamad Hanif|
Honda Jepun (serta pengeluar automotif yang lain) tidak perlu untuk menunggu lama melancarkan barisan aksesori menarik untuk model-model baharu demi menarik perhatian pembeli.
NISSAN MREC Banner Campaign Mar

Berdasarkan semakan di laman web Honda Jepun, mereka telah pun menyenaraikan beberapa aksesori menarik yang boleh dipakaikan pada Civic Hatchback yang baharu sahaja dilancarkan minggu ini.

 


Namun, sehingga artikel ini ditulis, tiada kepastian sama ada aksesori tersebut akan dijual di luar pasaran Jepun ataupun tidak.

Untuk Civic Hatchback, Honda menawarkan aksesori seperti skirt bawah yang menjadikan penampilan muka Civic tampak lebih agresif, pelindung cermin sisi, serta pemasangan sayap belakang yang sopan penampilannya.

 


Gambar rajah juga menunjukkan set rim yang lebih menarik daripada Modulo, lencana Civic yang bercahaya, serta unit lampu pemancaran emblem Civic ke atas jalan saat pintu dibuka.

Jika anda merasakan apa yang ditawarkan ini tidak cukup kena dengan jiwa kelajuan, tunggu sahaja penawaran aksesori yang lebih agresif datang dari penala seperti Mugen.

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam notis yang dipaparkan di laman web rasmi, Honda meminta maaf kepada para pelanggan telah…
Berita Global
Ia adalah berpunca daripada masalah ketidaktentuan bekalan komponen yang diakibatkan oleh pandemik…
Berita Global
Selain daripada varian seperti Basic, Home, Luxe, dan juga Crosstar, Honda Fit kini boleh didapati…