Honda Jepun bakal hentikan penjualan Civic sedan, City & Jade

oleh Mohamad Hanif|
Bagus di negara orang tidak semestinya diterjemahkan bagus di negara kampung halaman.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Begitulah nasib yang bakal diterima oleh tiga model terlaris Honda apabila syarikat Jepun itu membuat keputusan untuk menghentikan penjualannya di negara tersebut.

Tiga model yang dimaksudkan adalah Honda Civic Turbo sedan, Honda Grace (lebih dikenali dengan nama Honda City) serta Honda Jade.

 


Menurut laporan daripada Creative311, Honda Jade akan dihentikan produksinya pada bulan Ogos ini, manakala model Grace dan Civic sedan pula akan dihentikan penjualannya bermula tempoh yang sama.

Pun begitu, Honda masih lagi mengekalkan penjualan Civic varian hatchback dan Type R untuk pasaran Jepun, malah Honda Civic Type R 2020 dijadualkan pelancarannya selepas musim luruh di negara matahari terbit tersebut.

 


Sementara itu, permintaan terhadap Honda Grace juga yang semakin menurun memaksa Honda menghentikan penjualan model tersebut, membuatkan pengeluar tersebut tidak begitu yakin untuk terus memperkenalkan generasi baharu Honda City 1.0 liter turbo di pasaran Jepun.

Mungkin inilah sebabnya kenapa Honda membuat pelancaran City di peringkat global yang mengambil tempat di Thailand tempoh hari.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dengan harga jualan yang agak mahal, ia bukanlah sebuah motosikal untuk kebanyakan pengguna marhaen…
Berita Global
Menariknya, hatchback Civic RS Prototype ini bakal ditawarkan secara rasmi di pasaran Jepun pada…
Berita Global
Ya, walaupun menggunakan nama WR-V yang sama wujud di Malaysia, tapi Honda WR-V pasaran Jepun…