Honda Jazz Model Domestik Eropah (EDM) - Sama seperti Jazz RS

oleh Muhammad Md Tajudin|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Harus diakui selera pasaran automotif mengikut benua atau rantau tidak sama. Ada pelbagai faktor di antaranya ialah undang-undang, ekonomi dan citarasa yang menyumbang kepada senario itu.

Tidak usah pergi jauh, di negara ASEAN sekali pun sudah terdapat kenderaan yang sama tetapi spesifikasi dan kelengkapan berbeza. Malah terdapat begitu banyak model yang tidak dipasarkan di antara satu-satu negara lain.

Namun untuk satu-satu model global, jurang itu cuba dirapatkan. Sebagai contoh, Honda Jazz 2018 untuk pasaran Eropah dilihat mempunyai lupa luaran yang hampir sama dengan rantau lain.

Menariknya, pasaran ASEAN dilihat terlebih dahulu menerima model rupa baharu (facelift) berbanding pasaran Eropah. Malah lebih awal berbanding Amerika Syarikat dan Jepun sendiri.

 

Honda Jazz Model Domestik Eropah (EDM) - Sama seperti Jazz RS

 

Paling istimewa semestinya negara kita apabila menjadi satu-satunya pasaran luar Jepun yang memasang dan menawarkan Honda Jazz Hybrid. Bukan setakat Jazz, kita juga menerima Honda City Hybrid.

Mengikut perancangan, Honda Jazz rupa baharu bakal dilancarkan pada Pameran Kenderaan Frankfurt 2017 September nanti. Sebelum ia didedahkan secara rasmi, Honda United Kingdom (UK) telah menyebarkan foto kereta super mini ini.

Dari luar, bahagian depan varian Dynamic (seperti dalam gambar) kelihatan sama sahaja dengan Honda Jazz RS yang telah dilancarkan di Indonesia, Thailand, Filipina dan Jepun.

Rekaan sama diteruskan pada bahagian belakang dan tepi dengan skirt yang sama seperti model Jazz RS. Cuma bezanya ialah pemisah angin depan dan peresap angin belakang diserlahkan dengan warna merah.

 

Honda Jazz Model Domestik Eropah (EDM) - Sama seperti Jazz RS

 

Selain itu, buat kali pertama Honda Jazz GK pasaran Eropah akan ditawarkan enjin 1.5 liter i-VTEC berkuasa 130 PS. Enjin tersebut dipadankan bersama transmisi CVT yang sama seperti pasaran utama lain.

Satu lagi jenis enjin begitu kecil iaitu 1.3 liter i-VTEC berkuasa 102 PS. Dan soalan yang popular ditanya ialah, boleh naik Genting Highlands ke tidak ini?

Lain-lain ciri kekal sama seperti ruang but dengan 354 liter atau 897 liter bila kerusi belakang dibaringkan. Peralatan standard untuk kesemua varian Jazz ialah kawalan jelajah, lampu utama automatik dan di sini menariknya tentang pasaran Eropah, ia didatangkan bersama teknologi keselamatan City-Brake Active yang mampu membrek secara automatik jika pemandu leka dalam menghampiri kemalangan. Sistem itu berfungsi di antara kelajuan 5 km/j hingga 30 km/j.

Pembeli juga boleh mendapatkan Jazz dengan gred lebih tinggi yang hadir lengkap bersama teknologi keselamatan seperti Forward Collision Warning, Lane Departure Warning dan Traffic Sign Recognition. 

 

Honda Jazz Model Domestik Eropah (EDM) - Sama seperti Jazz RS

 

Ciri-ciri lain pada Jazz gred ini ialah sistem infotainmen 7 inci Honda Connect, kamera undur, sistem kemasukan dan penghidupan enjin bebas kunci.

Honda Jazz rupa baharu hanya akan boleh mula dipesan di Eropah bermula November depan dengan penghantaran pada awal 2018.

Walaupun pasaran Eropah boleh berbangga dengan Honda Civic Type R mahu pun Honda Civic Hatchback, tetapi nampaknya kita menang dari penawaran Honda Jazz model domestik Malaysia.

Walaupun kita tidak mempunyai varian RS, Honda Malaysia menawarkan kit badan Mugen, tinggal lagi, lebih elok jika kita mempunyai nadi kuasa lebih berprestasi sebagai pengubat hati kepada Honda Civic Type R yang berharga ratus-ratus ribu.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

HONDA JAZZ 2018 - PASARAN DOMESTIK EROPAH

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kemenangan pada tahun ini merupakan tahun kelima berturut-turut produk Honda memenangi anugerah Red…
Berita Global
  Ye Series juga menjadi jawapan kepada yang bertanya di mana EV Honda. Masih awal, belum…
Berita Global
  Nampaknya trend penurunan harga kenderaan elektrik (EV) bukan lagi terpencil. Semasa…