Honda Jazz Hybrid baharu dipasarkan pada RM87K - Kenderaan hibrid paling murah di pasaran

oleh Muhammad Md Tajudin|
Honda Jazz Hybrid baharu dipasarkan pada RM87K - Kenderaan hibrid paling murah di pasaran
Honda Jazz Hybrid baharu dipasarkan pada RM87K - Kenderaan hibrid paling murah di pasaran
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Selain daripada melancarkan Honda Jazz rupa baharu, Honda Malaysia turut melancarkan model baharu hibrid yang telah beberapa tahun ditinggalkan kosong tiada peganti. Jika disoroti sejarah, Honda sebenarnya adalah syarikat pertama yang memasarkan kenderaan hibrid di dalam negara iaitu melalui Honda Civic Hybrid pada tahun 2007.

Menariknya, kenderaan hibrid yang dipasarkan Honda Malaysia hadir dalam pelbagai bentuk dan rupa. Bermula dengan Civic dalam segmen C, kemudian disusuli Insight, seterusnya Jazz dan lebih menarik dalam kategori sport iaitu Honda CR-Z.

Cuma tinggal lagi, Honda belum melancarkan kenderaan hibrid dalam segmen SUV dan MPV. Untuk makluman, negara China bakal menerima Honda CR-V Hybrid.

Walaupun hadir dalam pelbagai bentuk dan rupa, Honda membuktikan ia tetap konsisten mengeluarkan model Hibrid dan ini boleh dilihat melalui pelancaran Honda Jazz Hybrid. Ia merupakan generasi kedua Jazz yang hadir dengan teknologi hibrid.

 

Honda Jazz Hybrid baharu dipasarkan pada RM87K - Kenderaan hibrid paling murah di pasaran

 

Suasana yang mesra pelaburan teknologi hijau adalah kenapa Honda Malaysia membuat keputusan untuk memperkenal generasi kedua Jazz Hybrid ini dengan syarat ia mesti dipasang di dalam negara. Hasilnya ialah, Malaysia adalah satu-satunya negara diluar Jepun yang memasang dan memasarkan Honda Jazz Hybrid serba baharu.

Pujian juga harus diberikan kepada rakyat Malaysia yang sentiasa terbuka dengan teknologi ini, jika diperhatikan di negara serantau boleh dikatakan negara kita mempunyai pemilikan kenderaan hibrid yang paling tinggi. Malah hadir dengan pelbagai tawaran canggih.

Toleh kiri dan kanan, kemungkinan tinggi anda akan terserempak dengan kenderaan hibrid. Sebagai contoh, Toyota Camry Hybrid, Toyota Prius, Hyundai ioniq, Nissan Serena atau Mercedes-Benz S 400 Hybrid atau Volvo XC90. 

Atau mungkin Tesla S? Oh! itu dalam kategori kenderaan elektrik.

Meriah bukan tawaran kenderaan hibrid dalam pasaran negara?

Honda Jazz Hybrid

Honda Jazz Hybrid baharu dipasarkan pada RM87K - Kenderaan hibrid paling murah di pasaran

Jazz Hybrid Baharu dilengkapi enjin 1.5L DOHC i-VTEC baharu yang dipadankan bersama Dual-Clutch Transmission (DCT) 7 kelajuan bersama Integrated High Power Motor untuk menawarkan pecutan yang mengagumkan dan pengalaman pemanduan yang lebih sporti.

Sistem hibrid baharu itu dikuasakan oleh sebuah bateri Lithium-Ion yang memiliki 1.5 kali kapasiti kuasa dan 50% lebih berkuasa walaupun saiznya -5.6% lebih kompak berbanding sistem Integrated Motor Assist (IMA) pada model terdahulu.

Apabila mod Sport diaktifkan, gabungan enjin dan motor elektrik mampu menghamburkan kuasa mencecah 137PS, bersamaan dengan kuasa sebuah enjin bersesaran 1.8L.

Stereng Kuasa Elektrik (Electric Power Steering) turut ditala semula untuk menjadikan jentera ini lebih responsif manakala gabungan kotak gear DCT 7 kelajuan dan bateri Lithium-Ion pula memberikan pemanduan sporti dan menyeronokkan.

Jazz Hybrid Baharu memiliki fungsi dan posisi bebas untuk motor elektrik serta enjin. Hasilnya ialah penjimatan bahan api dan pengalaman pemanduan menyeronokkan.

Jazz Hybrid Baharu mampu mencatatkan penggunaan bahan api 4.0L/100km* dan turut boleh dipandu dalam mod Kenderaan Elektrik (EV) sepenuhnya.

*Berdasarkan Keputusan Ujian UN R101 Jazz Hybrid Baharu

Berbeza dengan sistem IMA yang digunakan pada generasi hibrid Honda terdahulu, pendingin udara Sport Hybrid i-DCD dipacu oleh pemampat motor atau dalam bahasa mudah, berupaya mengekalkan suhu kabin semasa berhenti seketika. Sistem yang telah ditambah baik itu menjanjikan pemanduan lebih selesa untuk semua walaupun ketika terperangkap dalam kesesakan jalan raya.

Selain itu, bahagian penyelidikan dan pembangunan (R&D) Honda Malaysia dan Jepun telah melakukan pelbagai ujian lapangan dalam tempoh dua tahun dengan jarak melebihi 7,000 km sebelum Jazz Hybrid dilancarkan.

Jazz Hybrid Baharu telah diuji dalam kondisi berbeza seperti trafik sesak, laluan bengkang-bengkok dan berbukit curam. Ujian ini membolehkan Jazz Hybrid ditala lebih lebih sempurna sesuai dengan kondisi jalan raya serta gaya pemanduan rakyat Malaysia.

Soalan yang biasa ditanya atau sentiasa menjadi isu ialah, bolehkah Honda Jazz Hybrid mendaki Genting Highlands?

Jawapannya ialah iya, jurutera Honda turut terbang dari Jepun dan mengujinya ke pusat percutian itu. Nampaknya, Genting Highlands sudah boleh dijadikan medan wajib untuk pengeluar kereta menguji kenderaan mereka.

 

Honda Jazz Hybrid baharu dipasarkan pada RM87K - Kenderaan hibrid paling murah di pasaran

 

Jazz Hybrid Baharu ditawarkan hanya dalam satu varian dan tampil dengan beberapa ciri unik berbanding Jazz petrol. Di antaranya ialah ciri Shift by Wire Gear untuk penukaran gear yang lebih lancar dan sporty pada sistem Sport Hybrid i-DCD. 3D Speed Meter Design (Paparan Multi-Info) yang memaparkan pelbagai maklumat seperti Aliran Tenaga, Meter Sport, Penjimatan Bahan Api, Info Pemanduan, Pengubahsuaian dan Paparan Eco yang kesemuanya pada aras pandangan mata pemandu.

Jazz Hybrid Baharu juga dilengkapi dengan ciri Kawalan Jelajah (Cruise Control) untuk pengalaman pemanduan yang lebih baik.

Selain itu, Jazz terkenal dengan ULTRA Seats dengan pelbagai fungsi konfigurasi. Istimewa tentang Jazz Hybrid ialah walaupun Intelligent Power Unit (IPU) diletakkan di bahagian bawah ruang kargo namun konfigurasi ULTRA Seats masih dapat dikekalkan. Ruang yang digunakan itu juga bermakna Jazz Hybrid ini hadir tanpa tayar peganti. 

Bagaimana jika tayar bocor?

Seperti jenama lain yang hadir tanpa tayar peganti, pengeluar membekalkan kit pembaikan tayar yang boleh dilakukan sendiri. Atau jika ada masalah, hubungi sahaja pihak insurans yang biasanya menawarkan khidmat ini apabila melanggan polisi mereka.

Untuk jaminan pula, Jazz Hybrid Baharu didatatangkan dengan lima tahun waranti tanpa had perbatuan dan selang servis 10,000 yang boleh dilakukan di mana-mana 91 pengedar sah Honda di seluruh negara. Selain jaminan standard, Jazz Hybrid baharu turut hadir dengan jaminan selama 8 tahun untuk bateri Lithium-Ion.

Jika bateri mengalami kegagalan, kos untuk unit baharu ialah sekitar RM5,000.

 

Honda Jazz Hybrid baharu dipasarkan pada RM87K - Kenderaan hibrid paling murah di pasaran

 

Dari segi keselamatan, Jazz Sport Hybrid dibekalkan 4 Beg Udara, Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA), Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS) dan Bantuan Mula Mendaki (HSA).

Jazz Hybrid Baharu mempunyai tiga pilihan warna iaitu Perak Metalik (Lunar Silver Metallic), Kelabu Metalik (Modern Steel Metallic) dan Putih Mutiara (White Orchid Pearl).

Jazz Hybrid Baharu ditawarkan pada harga yang cukup menarik iaitu RM87,500 (di atas jalan termasuk insurans).

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Kemenangan pada tahun ini merupakan tahun kelima berturut-turut produk Honda memenangi anugerah Red…
Berita Global
  Ye Series juga menjadi jawapan kepada yang bertanya di mana EV Honda. Masih awal, belum…
Berita Global
  Nampaknya trend penurunan harga kenderaan elektrik (EV) bukan lagi terpencil. Semasa…