Honda Jazz, City, CR-V skor tinggi dalam kajian Initial Quality Study J.D. Power 2019

oleh Mohamad Hanif|
Honda Malaysia baru-baru ini berjaya mencatatkan pencapaian yang memberangsangkan apabila tiga model jualannya (Jazz, City dan CR-V) berjaya menduduki kedudukan tertinggi di dalam segmen masing-masing menurut satu kajian 2019 Malaysia Initial Quality StudySM (IQS) yang dijalankan oleh J.D. Power.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dua daripada model paling laris Honda Malaysia, Jazz dan City nampaknya menjadi pendahulu di dalam segmen masing-masing dengan skor sebanyak 68 per 100 kenderaan (PP100) dan 59 PP100

Sementara itu, peneraju SUV segmen bukan Nasional Honda CR-V pula berjaya mencatatkan skor tertinggi untuk tahun kedua berturut-turut dengan markah 64 PP100
 


Skor dengan markah yang rendah merupakan tanda aras kualiti yang semakin baik untuk setiap 100 unit kenderaan, dan ini merupakan hasil daripada kajian terhadap beberapa bidang seperti luaran, enjin, transmisi, sistem infotainmen dan sebagainya. 

Menurut Toichi Ishiyama, Pengarah Urusan dan CEO Honda Malaysia berkata, "kami ingin mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia atas sokongan yang berterusan serta kepercayaan terhadap jenama Honda. 

"Fasiliti Honda Malaysia di Pegoh, Melaka akan terus memfokuskan kepada penghasilan kenderaan dengan tahap kualiti, keselamatan dan mesra alam sekitar yang lebih tinggi menggunakan teknologi pembuatan termaju," ujar beliau. 
 


Honda Jazz dan City masing-masing menyumbang kepada 36 peratus dan 13 peratus daripada jumlah jualan keseluruhan Honda Malaysia pada tahun lalu, manakala SUV CR-V pula mencatatkan penguasaan 14 peratus untuk tempoh yang sama. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dapatan kajian menunjukkan purata industri ialah 186 PP100 dan lebih baik berbanding 2022…
Berita Global
Namun berdasarkan kajian terbaharu Vehicle Dependability Study 2022 oleh J.D. Power, ia kini…
Berita Global
Kajian yang memasuki tahun ke-32 itu mengukur bilangan masalah yang dihadapi untuk setiap 100 unit…